Majlis Berbuka Puasa Bersama MB'ians di Hotel Emperor Melaka - 19 July 2013

Kembara Muhibbah Felda - JPM - 27/10/2013

Author Topic: KAPCAI ENDURANCE - kejohanan kebangsaan KBS MAM  (Read 1715 times)

cme

  • Lesen L
  • *
  • Posts: 3
    • View Profile
KAPCAI ENDURANCE - kejohanan kebangsaan KBS MAM
« on: September 19, 2012, 03:43:04 PM »
Buat julung kalinya, Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Motorsport Association of Malaysia akan menganjurkan siri kejohanan Endurance khusus bagi motosikal kapcai. Kejohanan ini diadakan bagi mencungkil bakat-bakat baru didalam perlumbaan motosikal.
 
Lapan siri kejohanan akan diadakan dilitar-litar terpilih diseluruh Negara. Tiga kelas akan dipertandingkan iaitu:
 ?Kelas 1 ? Motorsikal Kapcai berkeupayaan 100cc kebawah
 ?Kelas 2 ? Motorsikal Kapcai berkeupayaan 120cc kebawah
 ?Kelas 3 ? Motorsikal Kapcai berkeupayaan 150cc kebawah
 
Setaip pasukan perlu dianggotai oleh empat orang pelumba dan seorang pengurus. Bagi setiap siri kejohanan, setiap pasukan akan berlumba selama 2 jam. Tujuh pasukan dari setiap kelas akan layak bertanding dikejohanan akhir yang akan berlansung di litar Antarabangsa Sepang pada 23 dan 24 Februari 2013.
 
Pemenang-pemenang bagi setiap kelas di kejohanan akhir akan diberi tempat bertanding secara percuma di kejohanan SIC Ninja Cup 2013. Pemenang di kejohanan SIC Ninja Cup 2013 pula akan diberi tempat ?Wildcard? secara percuma di acara Moto 3, MotoGP Sepang 2014.
 
Tempat adalah terhad. Bagi setiap kelas disetiap siri hanya 30 pasukan dibenarkan bertanding. Rebutlah peluang keemasan ini. Adakah anda pengganti ZulFahmi?
 
Syarat-syarat pertandingan
 ?Warganegara Malaysia
 ?Berumur diantara 18 hingga 35 tahun
 ?Yuran pendaftaran sebanyak RM250.
 
Lesen perlumbaan akan diberikan secara percuma termasuk insuran perlumbaan. Sepasang tayar perlumbaan Corsa R46 juga diberikan secara percuma.
 
Minyak pelincir Repsol juga akan diberikan secara percuma. Maklumat terperinci boleh didapati di www.mam.org.my
Pendaftaran boleh dibuat secara pos dialamat:
 
Kejohanan Kebangsaan KBS-MAM Kapcai Endurance
Cawangan Pembangunan Sukan Bermotor
Bahagian Pembangunan Sukan
Aras 13, Menara KBS,
Kementerian Belia dan Sukan
No 27 Persiaran Perdana, Presint 4
62570 Putrajaya
 
atau emailkan pendaftaran anda ke: eizwar@mam.org.my atau kapcaiendurance@hotmail.com

Siri perlumbaaan:
1. 22 & 23 September 2012 - litar kart TTSb pekan, pahang
2. 13 & 14 Oktober 2012 - litar kart permyjaya, miri sarawak
3. 10 & 11 November 2012 - litar MTPDRM Bakri, Muar Johor
4. 23 & 24 November 2012 - litar UUM sintok, kedah
5. 14 & 15 Disember 2012 - litar MIMC ayer keroh, melaka
6. 4 & 5 Januari 2013 - litar TBA terengganu
7. 12 & 13 Januari 2013 - litar TBA Selangor
8. 1 & 2 Februari 2013 - litar kart gunong bachok, kelantan
9. 23 & 24 Februari 2013 - litar Antarabangsa sepang ( Sirkit Akhir) Karnival Sukan Bermotor KBS

*borang boleh didapati juga di akhbar berita harian atau www.mam.org.my

saja-saja share info mana tau ada kawan2 yang berminat..... ;)

 

Jumlah User Yang Telah Visit