Majlis Berbuka Puasa Bersama MB'ians di Hotel Emperor Melaka - 19 July 2013

Kembara Muhibbah Felda - JPM - 27/10/2013

Author Topic: Suzuki Shogun Axelo (125cc)  (Read 7382 times)

haziq

  • Lesen L
  • *
  • Posts: 12
    • View Profile
Suzuki Shogun Axelo (125cc)
« on: February 23, 2013, 02:37:21 AM »

SEDAR atau tidak, industri motosikal terutama kategori kapcai di negara ini terus berkembang pesat sebagai pengangkutan yang murah, mudah dan cepat tiba ke destinasi.

Selain itu, tawaran pelbagai model daripada pengeluar motosikal juga meningkatkan minat pengguna terhadap jentera kategori berkenaan.

Justeru, buah tangan Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd (Suzuki Assemblers) selaku pengeluar motosikal kapcai di negara ini mampu memberi saingan dengan jenama ‘senegaranya’ seperti Honda dan Yamaha.

Kehadiran jentera terbarunya, Suzuki Shogun Axelo ditawarkan dua varian, Axelo R dan Axelo S dengan perbezaannya terletak pada jenis klac manual atau automatik.


Secara asasnya, Shogun Axelo adalah motosikal empat lejang dengan enjin bersesaran 124cc serta dipadankan karburator Mikuni VM18 yang dilengkapi transmisi empat kelajuan.


Bagi mencari keistimewaannya, penulis menunggang uji model Shogun Axelo S yang menggunakan klac automatik selama seminggu.

Apa yang menariknya, reka bentuknya di inspirasi daripada siri Suzuki berprestasi tinggi apabila Shogun Axelo menampilkan ciri dinamik dan bentuk lampu hadapan yang bergaya.

Bahagian mukanya dibentuk lancar dan memaparkan garisan rekaan badan sedikit tajam dari pelindung kaki hadapan ke lampu belakang, sekali gus tampak sporty.

Model ini dilengkapi ciri premium seperti panel meter baru dan peredam bunyi besar serta bergaya.

Lebih tampak garang apabila ia didatangkan rim bersaiz 17 inci dengan kombinasi warna hitam dan dilengkapi brek cakera pada bahagian belakang serta hadapan.

Corak grafik yang memenuhi bahagian badan motosikal ini tampak sedikit ringkas, tetapi mampu menarik perhatian pengguna jalan raya terhadapnya.

Pengendaliannya cukup mudah seperti motosikal konvensional yang lain dengan keupayaan ‘menggelecek’ terutama berdepan dengan kesesakan lalu lintas.

Jika dilihat pada bahagian sisi, motosikal ini nampak sedikit tinggi tetapi ia tidak memberi masalah kepada penulis dengan ketinggian 1.6 meter.

Tempat duduknya memberi selesa kerana penulis tidak terasa cepat lenguh pada bahagian pinggang atau bahu ketika menunggang dari Shah Alam ke Kuala Lumpur dengan purata kelajuan 60 kilometer sejam (km/j).

Walaupun ia tidak dilengkapi penyejuk cecair, Shogun Axelo S tidak memberi masalah bagi mereka yang terpaksa berulang-alik untuk perjalanan jauh.

Ia juga dilengkapi kawalan gear lebih lancar dengan menggunakan sistem ‘Pulsed Secondary Air-injection (PAIR)’ bagi pembakaran rendah dan pengimbang enjin untuk mengurangkan getaran.

Ketika memulas pendikit, kuasa pecutannya mampu bersaing dengan kategori motosikal ‘underbone’ lain dan mampu memecut sehingga 110 km/j dalam tempoh yang singkat. (Nota aku : Top Speed setakat ni boleh capai 130km/j-Jenis Meter berat)..

Suspensinya juga berfungsi dengan baik apabila mampu menahan hentakan terutama jalan yang tidak rata dan memberi kestabilan ketika mengambil selekoh.

Bagaimanapun, penulis berbangga dengan tahap penggunaan minyaknya kerana satu tangki penuh dengan kapasiti 4.1 liter mampu mencatat perjalanan sejauh 100 kilometer.

Selain itu, keistimewaan brek cakera pada bahagian belakang dan hadapan memberi keyakinan kepada penulis berhubung keselamatan terutama berdepan dengan situasi kecemasan.



Model ini pastinya menjanjikan pengendalian mudah serta kestabilan penunggang yang baik untuk keselesaan setiap masa dan memenuhi keperluan harian.

- Petikan dari Harian Metro

SPESIFIKASI:

ENJIN:empat silinder SOHC dengan penyejuk angin.
BERSESARAN:125 cc.
KARBURATOR:Mikuni VM18.
PENGHIDUP ENJIN:elektrik atau tendang.
TRANSMISI:empat kelajuan.
PANJANG:1.89 meter.
TINGGI:1.075 meter.
BERAT:108 kilogram.
HARGA:Bermula RM5,208.


<a href="http://www.youtube.com/watch?v=9yHMMZB4Bmg" target="_blank">http://www.youtube.com/watch?v=9yHMMZB4Bmg</a>

« Last Edit: February 23, 2013, 02:40:46 AM by haziq »

 

Jumlah User Yang Telah Visit