Majlis Berbuka Puasa Bersama MB'ians di Hotel Emperor Melaka - 19 July 2013

Kembara Muhibbah Felda - JPM - 27/10/2013

: PERHATIAN PENTING UNTUK MENYERTAI RIDE!  ( 2462 )

Administrator

  • Administrator
  • Lesen Terbang!
  • *****
  • : 2854
PERHATIAN PENTING UNTUK MENYERTAI RIDE!
« : November 12, 2011, 03:11:10 PM »
Salam 1MB'ian dan Salam Sejahtera,

Adalah diminta semua MB'ian yang menyertai mana-mana ride diingatkan untuk mengutamakan keselamatan diri semasa ride. Berikut adalah tips dan nota penting serta terma & syarat dipersetujui oleh anda apabila menyertai ride yang dianjurkan di web MB oleh mana-mana pihak.


1. Pastikan Motor anda dalam keadaan terbaik dan sempurna dari segi engine, mekanikal, brek, tayar dan sebagainya. Jika motor anda bermasaalah maka sila baiki dulu sebelum ride di Kedai Ah Chai Motor - 0166126354

2. Pastikan anda memakai peralatan keselamatan (riding gears) yang mencukupi. Kalau tidak ada safety riding gear sila dapatkan dari Kedai Perantau di Cheng atau Zong Heng di Melaka Baru.

3. Pastikan Insurans Motor, Cukai Jalan dan Lesen anda masih berkuatkuasa jika tidak anda akan disaman diroadblock dan tidak boleh claimed kerosakan motor jika berlaku kemalangan. Insurans nyawa / Medical Card juga adalah amat penting jika berlaku kemalangan dimana anda diadmit ke Hospital. Bil perubatan anda dan MC anda boleh diclaimed. Kalautak silap2 kena jual motor untuk bayar bil hospital. Jika tiada Insurans nyawa atau Medical Card sila dapatkan dari En Latif 0122772755

4. Pastikan tidur anda mencukupi sebelum ride. Segala masalah yang mengusuti minda anda perlu ditinggalkan sebelum ride dan sila berada di tempat RV tepat pada masanya.

5. Segala arahan Masrhall (jika ada) atau Leader mestilah dituruti. Jangan Berlumba diatas jalan raya, nak berlumba sila ikut Bro Ali RSV4 atau Bro Syeikh Iman ke Sepang International Circuit (SIC)

6. Pastikan anda telah maklumkan keluarga anda atau next of kin arah tujuan, masa, dan info ride supaya mereka tahu anda kemana. Jika ada no telefon next of kin sila berikan kepada leader/marshall - supaya dapat menghubungi mereka jika berlaku sesuatu kepada anda.

7. Utamakan keselamatan diri anda dan ingat pada orang tersayang semasa ride. Anda bertanggungjawab penuh diatas keselamatan diri anda. Jangan ride ikut perasaan. Ride ikut akal dan fikiran logik serta bernas.

8. Web MB tidak bertanggungjawab diatas kemalangan/kecederaan/kematian yang berlaku sebelum/semasa/selepas sesuatu ride yang dianjurkan oleh mana mana pihak.
« : November 12, 2011, 03:43:29 PM Administrator »

 

Jumlah User Yang Telah Visit