Majlis Berbuka Puasa Bersama MB'ians di Hotel Emperor Melaka - 19 July 2013

Kembara Muhibbah Felda - JPM - 27/10/2013

Author Topic: Ban Zen Motor Didenda kerana Menipu  (Read 7819 times)

Administrator

  • Administrator
  • Lesen Terbang!
  • *****
  • Posts: 2854
    • View Profile
Ban Zen Motor Didenda kerana Menipu
« on: October 19, 2011, 08:51:19 AM »
Utusan Malaysia

Ban Zen Motor didenda RM2,500

MELAKA 17 Okt. – Sebuah syarikat penjual motosikal didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tuduhan pindaan memalsukan maklumat harga tunai sebuah motosikal dalam dokumen sewa beli terhadap seorang pelanggannya, empat tahun lalu.

Majistret Muhammad Hazri Hanafi menjatuhkan hukuman itu terhadap syarikat Ban Zen Motors Sdn. Bhd. selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan tersebut.

Beliau turut mengarahkan syarikat terbabit yang diwakili Pengarah Eksekutif, Teh Kim Hock, 37, dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan Ban Zen selaku peniaga Honda EX5 Dream C1004-MA (KICK) No. Pendaftaran MBL 6342 didakwa membuat pernyataan palsu dalam perjanjian sewa beli BZM/3123/07 bertarikh 31 Mei 2007 di premis syarikat itu di Jalan Durian Daun Dalam, di sini antara pukul 8 pagi hingga 3 petang, 31 Mei 2007.

Harga tunai yang dicatatkan dalam perjanjian tersebut iaitu RM4,158.75 adalah berbeza dengan harga tunai dipamerkan pada jenis motosikal sama iaitu RM3,655.92.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 36 Akta Sewa Beli 1967 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih tempoh enam bulan atau kedua-duanya.

Terdahulu, Kim Hock melalui peguam belanya W.K Chew memohon hukuman diringankan dengan alasan keuntungan yang diperoleh anak guamnya itu tidak lebih RM500.

Ujar Chew, syarikat tersebut tidak bermaksud untuk menipu pembeli sebaliknya dalam kes tersebut, berdasarkan keterangan saksi termasuk daripada Persatuan Perniagaan Kenderaan Negeri Melaka dan pengguna juga mengetahui jumlah belian sebelum menandatangani perjanjian.

Bagaimanapun dua Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) negeri, Adyzam Abdul Manap dan Azman Hamid memohon hukuman setimpal terhadap syarikat tersebut.

“Sebagai penjual motosikal sepatutnya mereka perlu menjelaskan lebih terperinci mengenai perjanjian sewa beli kepada pembeli,” kata Adyzam.

Sepanjang perbicaraan yang bermula pada 25 Januari lalu, seramai empat saksi pendakwaan memberi keterangan manakala pembelaan turut memanggil empat saksi selepas diperintah membela diri pada 15 Jun lalu. - Utusan

CaptRahman

  • Moderator
  • Lesen Terbang!
  • *****
  • Posts: 2996
    • View Profile
Re: Ban Zen Motor Didenda kerana Menipu
« Reply #1 on: October 19, 2011, 08:57:35 AM »
Pernah terkena dengan Ban Zen ni...beli moto pertama RD125LC kat situ tahun 80an dulu kot..

rafi

  • Lesen B Full
  • ****
  • Posts: 562
    • View Profile
    • Homestay Melaka
Re: Ban Zen Motor Didenda kerana Menipu
« Reply #2 on: October 20, 2011, 07:46:23 AM »
Jika kita rujuk no failnya "BZM/3123/07 bertarikh 31 Mei 2007" dan assume iainya in sequence maka dia dah jual 3123 motor sewa beli tak termasuk yang cash hanya dalam 5bulan pertama!! Mak datuk...berapa banyak kaya tu....  3123 X RM500 = RM1561500 (tak termasuk interest)!!!!!!!!!!!   :o :o :o :o :o :o :o :o :o

ariffversys

  • Staff
  • Lesen B Full
  • *****
  • Posts: 749
  • 0196717687
    • View Profile
Re: Ban Zen Motor Didenda kerana Menipu
« Reply #3 on: October 20, 2011, 08:05:42 AM »
sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh tergolek dog juga,  :) :) :)
saya slow aje dan berhemah

erieyus

  • Lesen Otai!
  • *******
  • Posts: 2372
  • MVFanClub
    • View Profile
Re: Ban Zen Motor Didenda kerana Menipu
« Reply #4 on: October 20, 2011, 02:15:22 PM »
BIAU DIA MAMPOSSSSSSSSS
Mr. Agusta

Ai-MLK

  • Lesen Otai!
  • *******
  • Posts: 2050
  • KTM Duke 200
    • View Profile
Re: Ban Zen Motor Didenda kerana Menipu
« Reply #5 on: October 20, 2011, 04:28:02 PM »
Pernah terkene gak dulu mase beli 125Z dgn dia.. spatut nye dah last byr bulan tu.. tp ade juga lg yg blom settle kate nye.. pening... mcm mane dia kire pun tak tau.. .  Hmmmm....    ::)
- ride 4 fun -

izad mlk

  • Lesen GP
  • *****
  • Posts: 995
    • View Profile
Re: Ban Zen Motor Didenda kerana Menipu
« Reply #6 on: October 20, 2011, 05:59:01 PM »
ini kedai mau simbah cat merah baru dia takut....haha...mana malik??..ada tugas utk ko... 8)

yusri

  • Lesen Otai!
  • *******
  • Posts: 1640
    • View Profile
Re: Ban Zen Motor Didenda kerana Menipu
« Reply #7 on: October 20, 2011, 11:22:31 PM »
die sekarang jutawan......

N.M. HILMI

  • Moderator
  • Lesen Terbang!
  • *****
  • Posts: 2537
  • Selamat Menungang!! :D
    • View Profile
Re: Ban Zen Motor Didenda kerana Menipu
« Reply #8 on: October 22, 2011, 04:49:35 PM »
kasi bako ini tmpt.... smua org nk langgar mana bolehhh
« Last Edit: October 23, 2011, 12:57:02 AM by N.M. HILMI »
meleper di tempat yg betul.. jom MIMC!!!

aLdY DuA

  • Lesen B3
  • **
  • Posts: 154
  • sabor je lah...
    • View Profile
Re: Ban Zen Motor Didenda kerana Menipu
« Reply #9 on: October 24, 2011, 02:40:19 PM »
kasi bako ini tmpt.... smua org nk langgar mana bolehhh


jutawan penipu besar nie... Memang anti banzen..
dimulakan dengan bismillah,disudahi dengan alhamdulillah,

Faz

  • Lesen L
  • *
  • Posts: 47
    • View Profile
Re: Ban Zen Motor Didenda kerana Menipu
« Reply #10 on: November 10, 2011, 09:42:37 AM »
Dah la untung banyak!! denda RM2500 pon nak berkira la.......

Bro PeCenG

  • Lesen L
  • *
  • Posts: 10
    • View Profile
Re: Ban Zen Motor Didenda kerana Menipu
« Reply #11 on: December 15, 2011, 05:34:34 PM »
oooo..baru aku tahuu ceritanya...iskkk..iskkk..nasibbb baikkk aku tak.......tuttt.....

johari83

  • Lesen L
  • *
  • Posts: 11
    • View Profile
Re: Ban Zen Motor Didenda kerana Menipu
« Reply #12 on: December 29, 2011, 09:24:09 AM »
pengajaran kepada kita.. hope diwawarkan kepada kawan2, sedara mara supaya lebih berhati2 dengan

syarikat segini.... supaya tidak tertipu dan tertindas...

za8

  • Lesen B3
  • **
  • Posts: 142
    • View Profile
Re: Ban Zen Motor Didenda kerana Menipu
« Reply #13 on: February 08, 2012, 09:29:56 PM »
huhu nasib baik la xbeli moto kat c2 nasib nasib....

racingzonne

  • Lesen L
  • *
  • Posts: 33
    • View Profile
Re: Ban Zen Motor Didenda kerana Menipu
« Reply #14 on: April 23, 2012, 12:07:35 AM »
kasi boikot je klu asyik nak menipu je

 

Jumlah User Yang Telah Visit