Untuk GARMIN je ke? Saya cuma guna TOM TOM je...
Klik sini untuk cara-cara download & install.
Kalau bro klik link kat atas, login and klik
'Free Public Download' akan keluar seperti berikut:

Di dalam bulat merah adalah map bagi program masing-masing.. setakat ni saya hanya guna MFM-Garmin (kotak kedua) sahaja, yang lain saya tak pernah try lagi.. sebabnya, saya pakai Garmin Nuvi 765 dan Omnia2 yg kedua-duanya menggunakan MFM-Garmin.
Pasal TOM TOM tu, saya memang kurang pasti map apa yang diguna. (boleh check 'map info' under 'Setting' kot ada kat situ).
Perlu diingat.. sebaiknya sebelum install, ada baiknya full back-up device anda, pernah terjadi kepada saya, ntah dimana silap, akibatnya Nuvi saya masuk hospital hampir 2 bulan.. seb baik ada gerenti lagik..

. Mengikut kata doktor.. ada virus yg terlepas masuk sebab saya install direct ke device menggunakan cable. (ntah berudu ntah katak, ntah betul ntah tidak, aku pun tak tau.. ehehe).
Supaya perkara itu tak berulang, apa yang saya buat sekarang ialah setiap kali nak update map saya tidak lagi menggunakan cable, sebaliknya hanya menggunakan M.Card. Install munggunakan laptop, masukkan M.Card.., copy fail tertentu and paste. Setakat ni Alhamdullilah.. dah berpuluh kali dah update takda apa-apa.
Sekali lagi.. harap perbetulkan kalau ada yang tak betul.. kerjasama anda amat dihargai..
