Majlis Berbuka Puasa Bersama MB'ians di Hotel Emperor Melaka - 19 July 2013

Kembara Muhibbah Felda - JPM - 27/10/2013

Zon Bahasa Melayu > Sembang-Sembang Kedai Kopi

Riding Tips

(1/8) > >>

razak:
Sedikit pengalaman untuk kita kongsi bersama.

Bike preparation:

Tayar. Biasanya akan tertera max 44psi pada tayar.  Untuk cuaca Malaysia, pressure boleh bertambah sehingga 10 psi.  Untuk mudah congak, jangan melebihi 34 psi. Tayar yang terlalu kurang tekanan juga akan menyebabkan kepanasan melampau pada tayar dan ini boleh mengakibatkan tayar pecah.  Setiap tayar ada manufacture date. On the shelf, jangkahayat adalah 4 tahun.  Bila sudah terpasang, jangkahayat tayar cuma untuk 3 tahun.

Beberapa penulisan menyatakan bahawa untuk bawa extra load, tempat yang paling sesuai adalah di tangki (tank bag).  Saya dapati bila letak tank bag, laluan angin akan menolak helmet kita dan tak sesuai untuk perjalanan jauh di atas highway. So.. saya ikat kat belakang.

Self preparation.

Kunci spare.  Sentiasa bawa bersama kunci spare dalam wallet, etc.  Dah banyak kes bikers hilang kunci dan membuat rakan tertunggu sejam dua hingga dapat spare dari rumah.

Ear Plug.  For ride more than 1 hr, pakailah ear plug. Bunyi angin, exhaust, etc boleh melebihi 100 dB dan boleh menyebabkan gegendang telinga rosak dan menambahkan stress.

Sentiasa simpan sedikit wang tidak di dalam wallet. Banyak kejadian berlaku di mana orang yang membantu dalam kemalangan ambil kesempatan ambil wallet sekali.  

Pada yang ada maklumat lagi, sila tambah.

eddie:
bagus info .. thanks bro lajak...

yg pasal beg kat tank tu.. lebih kepada pengagihan berat pd motor.. kalu boleh letak belakang bagus gak.. tak mengganggu tunggangan...

ni nak tambah sikit

1. Kalau ride konvoi.. atau ramai2.. pastikan jarak selamat antara satu sama lain...
2. Kalau ride konvoi ...jgn lupa org belakang hehehhe

razak:
Sedikit lagi.

Untuk memahirkan diri imbangan badan semasa U turn, buat perkara berikut:

- imbang badan seberapa lama yg boleh semasa menghampiri traffic light atau masa nak berhenti. Latihan ini juga bagus pada mereka yg selalu kena jem kat KL.
- jangan guna brek depan masa U turn. Control trottle dan guna brek belakang.
- pada yang guna dual purpose atau street bike, boleh le separuh berdiri masa U turn.

Mengambil corner.

Ada dua cara yang biasa digunakan iaitu imbangan badan dengan counter steering.

Untuk sweeper, sesuai guna counter steering kerana kurang memenatkan dan tak perlu nak cecah lutut.  Tolak handle kiri untuk corner kiri dan sebaliknya.
Untuk high speed corner atau short corner, turun badan/punggong untuk mengelakkan moto terlalu miring. Slider lutut cuma untuk gauge berapa rendah kita telah turun.

Pastikan jangan genggam trottle/handle terlalu kuat.  Tegakkan kepala sedikit supaya kita tak mudah gayat.  Pandangan adalah pada exit corner, bukan depan motor.  Elakkan dari melihat secara terus apa-apa halangan yg ada di atas jalan seperti sabut kelapa sawit, pasir dan sebagainya.  You will end up going where you look.

Boleh guna brek sedikit untuk perlahankan moto semasa corner tetapi pada yang mahir la. Gyroscopic effect berlaku apabila kita perlahankan motor, secara pastinya moto akan menegak dengan sendiri.  Apabila kita merasakan kita terlalu laju dalam corner, ada dua cara yang boleh digunakan; 1. tegak moto, brake hard dan turun semula dengan kelajuan lebih perlahan atau 2. turun lagi agar kita dapat turn lebih pendek.  Pada yang mahir boleh guna teknik power slide.  Yang penting di sini ialah jangan turun habis di atas jalanraya sebab kita tak pasti apa di depan kita.  Always give 20-30% less than in Sepang.

wancb4:
good info,mejar ; :)

razak:
Saya ditanya, bagaimana cara riding dalm convoy seperti free and easy ride ke Segamat yang baru lepas.  

Yang paling penting ialah jangan ikut terlalu dekat.  Ride dalam single file dengan kedudukan staggered.  Dalam keadaan ini juga, yang depan jangan cuba clear jalan dengan cara makan jalan sebelah atau hulur tangan supaya kenderaan mengelak kita.  Tetapi amat digalakkan jika kita angkat tangan sedikit untuk memberi tanda terima kasih pada mereka yang memberi laluan.

Rider yang belakang jangan mengharap rider depan akan buka jalan untuk anda.  Masing-masing cari laluan terbaik anda.  Dalam erti kata lain, rider depan tak perlu memastikan laluan untuk rider belakang.  

Potong memotong dibenarkan tetapi tolong berhemah sikit supaya rider lain tak terkejut dengan bunyi exhaust anda.  This is what we call free and easy ride.

Navigation

[0] Message Index

[#] Next page

Go to full version