Majlis Berbuka Puasa Bersama MB'ians di Hotel Emperor Melaka - 19 July 2013

Kembara Muhibbah Felda - JPM - 27/10/2013

English Zone > Technical Discussion on Bikes

Suspension

(1/4) > >>

razak:
Kenapa perlu aftermarket damper/spring seperti ohlins.

Biasanya pada motor superbike anda, kita akan cuba cari budget untuk pasang ohlins dan sebagainya. Tujuan damper yang utama adalah untuk menghentikan pergerakan spring dengan lebih cepat berbanding damper lain.  Cuba anda pegang coil spring dan lepaskan ke lantai.  Spring tadi akan melantun dan melantun agak lama.  dengan adanya damper, lantunan spring tadi akan dihentikan selepas hanya satu atau dua lantunan.

Pada steering, kita akan pasang damper untuk elakkan dari kena tank slap yang berterusan.  Kena memang akan kena.

Pada suspension depan atau belakang, tujuan damper tadi adalah sama iaitu mengelakkan dari lantunan berterusan.  Dengan Ohlin dan sewaktu dengannya, lantunan tadi akan dihentikan lebih cepat dari suspension standard.  Keburukannya ialah biasanya spring yang dipasang siap pada damper tadi adalah lebih keras dari yang standard, menyebabkan kita rasa spring tu keras dan sakit bontot. Cara terbaik ialah angkat punggong sikit bila lalu laluan tak rata. 

Ada dikalangan racer yang memasukkan minyak hydraulic yang lebih tinggi kelikatan untuk 'mengeraskan' lagi suspensi. Ini semua dalah bergantung pada cara kita ride, sama ada bersahaja atau sebaliknya. 

Suspensi moden sekarang biasanya ada kemudahan mengubah 3 bahagian setting iaitu compression (kelajuan tekanan), rebound (kelajuan melantun) dan preload (beban). 

Pada yang ride biasa macam saya, sudah cukup dengan suspensi standard. 

Silakan pada yang nak tambah.

eddie:
keseimbangan tekanan angin tayar juga penting... oleh yang demikian suspension kena ikut berat badan kita.... utk kestabilan bila jalan beralun...ambil corner.. dll yg melibatkan pergerakan spring & suspension... dgn permukaan jalan.

yang penting sentuhan tayar mesti maxsimum dgn permukaan jalan.. utk keselamatan.

rashidzx11:
sentuhan tayar dah max , tapi kalau langgar biawak boleh kena tank slap woo ....

ariffversys:
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=167756493272134&set=a.110445149003269.5208.100001133525533&type=1&theater



tanya sikit, apa fungsi benda tu, berapa rm kalau nak pasang, jgn marah, bab2 moto wa kurang arif, isi minyak lepas tu broooooom aje, hehehe

nakaman:

--- Quote from: eddie on May 09, 2011, 09:56:09 PM ---keseimbangan tekanan angin tayar juga penting... oleh yang demikian suspension kena ikut berat badan kita.... utk kestabilan bila jalan beralun...ambil corner.. dll yg melibatkan pergerakan spring & suspension... dgn permukaan jalan.

yang penting sentuhan tayar mesti maxsimum dgn permukaan jalan.. utk keselamatan.

--- End quote ---

???????? ::) ::)

Navigation

[0] Message Index

[#] Next page

Go to full version