Majlis Berbuka Puasa Bersama MB'ians di Hotel Emperor Melaka - 19 July 2013

Kembara Muhibbah Felda - JPM - 27/10/2013

: Pengumuman: Melaka Bikers Bukan Mlksportbikers  ( 2739 )

Administrator

  • Administrator
  • Lesen Terbang!
  • *****
  • : 2854
Pengumuman: Melaka Bikers Bukan Mlksportbikers
« : June 03, 2011, 10:37:47 AM »
Salam sejahtera semua warga MB,

Setelah berbincang dengan lebih 30 ahli MB, maka kami sebulat suara mengambil keputusan untuk menjadikan Melaka Bikers (MB) ini satu community bebas yang tidak tertakluk dengan mana-mana kelab atau pertubuhan termasuk juga kelab lama Mlksportbikers. Tujuan utama ialah tidak melibatkan diri dalam politik kelab. Sebagai bikers semua setuju yang penubuhan MB adalah tertakluk kepada semangat setiakawan diantara bikers untuk menghidupkan aktiviti sihat.

Tujuan utama web MB adalah untuk menyatukan semua bikers di Melaka dibawah satu bumbung besar untuk berkongsi pendapat, events, rides, maklumat dan mengeratkan silaturrahim diantara bikers tidak mengira keupayaan kuasa motor.

Semua juga sebulat suara setuju untuk membenarkan ahli-ahli Mlksportbikers menggunakan website MB dalam konteks berforum sahaja. Nama Melaka Bikers(MB) juga adalah milik mutlak web MB.

Apa-apa keputusan mesyuarat Mlksportbikers adalah tertakluk di kelab sahaja dan tidak kena mengena dengan MB. Oleh yang demikian tidak timbul persoalan logo, baju, nama, yuran keahlian dan sebagainya bagi MB. Mlksportbikers bebas untuk menggunakan logo, baju, web mereka sendiri dan kami di MB tiada halangan atau bantahan.

Walaubagaimanapun kami tetap menyokong apa apa aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Mlksportbikers dan tidak menjadi halangan bagi MB untuk menjayakan event yang dianjurkan mereka.


Harap Maklum
Admin
Melaka Bikers (MB)

n/b: buat masa ini semua position Global Moderator dimansuhkan buat sementara waktu.
« : June 03, 2011, 12:27:08 PM Administrator »

faizal kapal

  • Lesen B Full
  • ****
  • : 575
Re: Pengumuman: Melaka Bikers Bukan Mlksportbikers
« #1 : June 03, 2011, 12:40:06 PM »
Salam satu malaysia...

Saya setuju dengan Admin MB... saya rasa kita berhak mengikuti mana2 persatuan permotoran kerana ini adalah hak individu masing-masing.Tiada paksaan melibatkan diri dalam berpersatuan atau aktiviti permotoran.Dan sebarang persoalan mengenai logo, baju atau yuran sekalipun perlulah mengikut suara majoriti ahli dan bukan hanya ahli jawatan kuasa sahaja.Yang menghidupkan atau menjalankan sesebuah negara itu bukan lah dari pemimpinnya tapi rakyat. Tiada rakyat maka tiada pemimpin.(bukan konteks politik cuma penerangan tentang tidak akan ada persatuan tanpa ahlinya)

Sedia maklum bahawa semua bikers juga bermula dengan kapcai, jadi tidak perlulah kita mengasingkan mereka yang mempunyai motosikal berkuasa rendah.Ini dapat menambahkan minat mereka dan pengetahuan mereka tentang motosikal tidak kira jenis atau kapasiti kuasa sesebuah motor itu.Lebih ramai kawan lebih seronok.

Walaupun forum ini adalah platform tentang kita berkongsi pendapat, events atau maklumat sepatutnya jika kita ada kelapangan sepatutnya kita menyertai aktiviti persatuan dan bukan hanya berforum sahaja.Memang lah tiada paksaan tetapi aktiviti berforum ini lebih dari aktiviti menunggang motor.

Sekian wassalam.
Jika ada terkasar bahasa atau tersalah fakta maafkan saya.
Go faster still! Enjoy it.It's life, it's living, it's fun

bro77

  • Lesen L
  • *
  • : 35
Re: Pengumuman: Melaka Bikers Bukan Mlksportbikers
« #2 : June 03, 2011, 06:07:37 PM »
Assalamualaikum ..walaupun aku tak begitu kerap ride or tts ngan korang sumer..tp aku setuju
aper yg tuan admin n faizal kapal tulis kat atas...harap forum nie dapat menjadi library utk share
pengalaman,pengetahuan sesama bikers dan yg paling penting skali menyeratkan  hubungan
sesama bikers tidak kira braper besar or kecik korang punyer motot..Akhir skali syabas & trima kasih
kepada bro Rafi kerana usaha keras beliau selama ini.. ;) ;)

yusri

  • Lesen Otai!
  • *******
  • : 1640
Re: Pengumuman: Melaka Bikers Bukan Mlksportbikers
« #3 : June 03, 2011, 06:41:19 PM »
salam...
en rafi, tahniah diatas segala usaha keras yg telah dilakukan selama ini.
ape kemelut yg telah berlaku pun kite lupakan, kite semua kena berfikiran terbuka. kite kena fikir yg kite tidak berada didalam mana2 kelab pun apabila berada di MB.
sy sokong MB sebagai badan bebas dari politik2 yg ingin menempa nama.(kalau ada ler)
semua ahli boleh menjadi presiden, naib presiden atau ape saja... yang penting kite ride bersama tanpa mengira org lama atau baru, besar atau kecil kuasa motosikal kite... yg penting kite enjoy.... nyawa masing2 sendiri kena jaga.
akhir kata, sy menyokong penuh administrator skrg (en Rafi)..
maaf jika ada yg kurang senang dgn kenyataan sy.

afendy_arab

  • Lesen GP
  • *****
  • : 1051
Re: Pengumuman: Melaka Bikers Bukan Mlksportbikers
« #4 : June 03, 2011, 11:11:14 PM »
Salam....kepada semua yg melayari web melaka bikers, saya sependapat dgn saudara rafi di mana kita harus jadikan MB sebagai pentas di mana semua bikers2 dpt mencurahkan pengalaman dan pandangan contoh nya saudara razak ada memberi cara2 mengendalikan superbike tentang suspension,saudara Lemax ada memasukan gambar2 1000 coner ini semua amat baik bagi orang baru seperti saya utk belajar dan menambahkan pengetahuan dan saya harap lebih ramai lagi bikers2 dpt memberi pengalaman dan pengetahuan mereka di dalam web ini.                                                                                                                                                      
oleh itu dapatlah hendaknya bikers2 drp semua kelab motosikal di melaka ni berforum di bawah satu web yg bebas,kerana sekiranya web ini hanya utk motosikal kuasa tinggi sahaja maka kawan2 kita yg mengunakan cc kecil mungkin akan segan utk masuk dan berkongsi pendapat atau event yg di adakan maka kelab/sukan permotoran di melaka ini akan menjadi dingin.
                                                                                                                                                 
kita jadikan MB ini mudah, sekiranya ada ride yg di rancang maka sesiapa yg merancang itu dialah yg menjadi president/penghulu ride tersebut dgn itu tak perlulah kita ada AJK kerana apabila ada AJK dan sebagainya maka akan adalah pertandingan dan akan ada menang dan kalah oleh itu akan ada perasaan tidak puas hati dan perpecahan akan berlaku,komuniti bikers di melaka ini kecil oleh itu kita elakkanlah drp perpecahan yg penting kita dpt bercampur dan menjalinkan bersahabatan dgn cara sihat.itu hanyalah pandangan saya sekian terima kasih.                                                                                                                                                                                                                                                                                                        
« : June 03, 2011, 11:37:47 PM Administrator »

N.M. HILMI

  • Moderator
  • Lesen Terbang!
  • *****
  • : 2534
  • Selamat Menungang!! :D
Re: Pengumuman: Melaka Bikers Bukan Mlksportbikers
« #5 : June 03, 2011, 11:56:58 PM »
as'salam..

sy stuju... kita smua brotherhood.. x kira lh cc kecik ke besar.... stuju dgn apa yg administrator kata.... jgn lh mmprmencilkn rider2 yg brkuasa rendah... kita smua sama... x smua mula2 blajar bwk moto dgn moto besar... kn bagus kita smua brsatu n dduk di bwh satu bumbung yg sama...  ;D
meleper di tempat yg betul.. jom MIMC!!!

arswadvers

  • Lesen B Full
  • ****
  • : 707
Re: Pengumuman: Melaka Bikers Bukan Mlksportbikers
« #6 : June 04, 2011, 12:39:58 AM »
Salam semue....

Sy sebagai org baru dlm dunie pemotoran ini sbulat suare bsame2 kluarge sy
Bstuju dgn cadangan n pdpt dr admin jugak rakan2... Mari la kite bsame2 bkongsi
ape saje pun untuk memajukan diri, negare dan jugak bangsa...

                              Pascal = Sesumpah

nawza

  • Lesen B3
  • **
  • : 88
Re: Pengumuman: Melaka Bikers Bukan Mlksportbikers
« #7 : June 04, 2011, 12:40:44 AM »
Assalammualaikum...dan salam sejahtera..

Aku setuju dengan smua pandangan yg diberikan...dr bbrapa sahabat..! seperti yg dikatakan tiada halangan atau paksaan...utk kita menyertai mana2 kelab atau komuniti...terpulang pd diri masing...! dunia permotoran nie kecik...aje..kena plak kat melaka lagiiii laaaa...kecik... walaupun wujudnya Melakabikers...tidak bermakna Melakasportbikers terkubur...yg masih ada boleh meneruskan perjuangan...cuma ukt Melakabikers nie...platform dan visinya adalah meluas...kerana ia lebih berbentuk komuniti dan bukannya ke arah KELAB..! sperti yg sedia maklum...jika ia dijadikan KELAB..sudah tentu akan ada Ahli Jawatankuasa...Laporan mesyuarat...yuran..dan bermacam2 lagi...! Bila dah dijadikan kelab...mgkin akan berlaku laa persaingan sesama sendiri...ketidakpuasan hati..perebutan...dan sebagainya..dah byak yg kita lihat...belajar lah dari kesilapan...! dan kita juga tidak perlu terlalu protokol dlm komuniti ..selagi tidak melanggar tatasusila dan sensitivi masing2..!

Oleh yg demikian...sesuailah Melakabikers nie...menjadi suara bebas...yg menjadi payung kepada sesiapa yg minat dlm dunia permotoran...! tanpa mengira jenis motor..cc ...dan sebagainya..selagi anda minat..anda ada masa..bolehlah mengikuti mana2 pgram yg dianjurkan...oleh mana2 sahabat..tanpa paksaan...! Melakabikers juga wujud tanpa ada presiden jawatankuasa..apa yg ada hanya lah atas dasar hormat menghormati sesama kita...dan seperti yg diperkatakan oleh arab...siapa yg anjurkan sesuatu pgram..dia akan jadi penghulu...yg lain akan support...!  

aku ghase itu jer pandangan aku ..yg ikhlas dan jujur..>! klau ada yg terlebih kuah...aku mohon maaf...! semoga Melakabikers dpat menjadi wadah dlm dunia permotoran khasnya di Melaka...insyallah.... ;)

AZAM

  • Lesen L
  • *
  • : 42
  • azam
Re: Pengumuman: Melaka Bikers Bukan Mlksportbikers
« #8 : June 04, 2011, 07:03:24 AM »
Salam kepada semua yg coment saya amat dan teramat bersetuju diatas semua coment2 tu... lebih2 lagi pada BOSS rafi  Thanks yg berkerja keras tampa sebarang bayaran demi utk MB

HIIIIIIIIIIDUP MELAKA BIKERSSSSSSSSS :o ;D :D ::) :P

ali

  • Lesen B3
  • **
  • : 100
Re: Pengumuman: Melaka Bikers Bukan Mlksportbikers
« #9 : June 04, 2011, 07:26:42 AM »
Salam untuk semua...
semua pendapat yang di luah oleh bikers2 adalah bernas dan aku menyokong sepenuhnya tanpa bantahan....
majulah melaka untuk bikers...

jo-han

  • Lesen L
  • *
  • : 23
Re: Pengumuman: Melaka Bikers Bukan Mlksportbikers
« #10 : June 04, 2011, 01:05:53 PM »
biasanya kalau ada kelab yg ada AJK/jawatan nie selalu akan timbul masalah selepas seketika. (masalah duit, politik & macam2 lagi) seperti yang telahpun berlaku di kepada kebanyakan kelab2 motosikal/kereta di melaka - sebelum ini, kini & selamanya. 

jadi saya sokong Rafi, lagi baik forum bebas. lagi satu sebab, saya mmg tak akan join mana2 kelab sebab tanak bayar yuran keahlian tahunan ! dah banyak bayar road tax/insurans, ni lagi nak bayar keahlian tahunan. lingkuplah ini macam... setakat RM8 utk duit stiker tu boleh la saya korbankan. kekekek...

pojie

  • Lesen B3
  • **
  • : 112
Re: Pengumuman: Melaka Bikers Bukan Mlksportbikers
« #11 : June 04, 2011, 04:14:31 PM »
salam semua saya juga bersetuju dengan rakan seperjuanagn apa yang dimaksudkan di atas,,,semoga hari demi hari disini akan lebih banyak lagi tentang info2 pemotoran,terutama dalam bahagian komponen injin dan part yang original utk pengguna,kerana bila banyak info yang diberikan melakabikers akan lebih gah lagi,kerana banyak bikers2 yang berpengetahuan tinggi...wasalam.
senyum selalu......

Hairol21

  • Lesen B1
  • ***
  • : 203
  • MBX 4038 Bukit Cheng Mobile +60183892112
Re: Pengumuman: Melaka Bikers Bukan Mlksportbikers
« #12 : June 05, 2011, 03:14:39 PM »
Assalammualaikum...dan salam sejahtera..

Aku setuju dengan smua pandangan yg diberikan...dr bbrapa sahabat..! seperti yg dikatakan tiada halangan atau paksaan...utk kita menyertai mana2 kelab atau komuniti...terpulang pd diri masing...! dunia permotoran nie kecik...aje..kena plak kat melaka lagiiii laaaa...kecik... walaupun wujudnya Melakabikers...tidak bermakna Melakasportbikers terkubur...yg masih ada boleh meneruskan perjuangan...cuma ukt Melakabikers nie...platform dan visinya adalah meluas...kerana ia lebih berbentuk komuniti dan bukannya ke arah KELAB..! sperti yg sedia maklum...jika ia dijadikan KELAB..sudah tentu akan ada Ahli Jawatankuasa...Laporan mesyuarat...yuran..dan bermacam2 lagi...! Bila dah dijadikan kelab...mgkin akan berlaku laa persaingan sesama sendiri...ketidakpuasan hati..perebutan...dan sebagainya..dah byak yg kita lihat...belajar lah dari kesilapan...! dan kita juga tidak perlu terlalu protokol dlm komuniti ..selagi tidak melanggar tatasusila dan sensitivi masing2..!

Oleh yg demikian...sesuailah Melakabikers nie...menjadi suara bebas...yg menjadi payung kepada sesiapa yg minat dlm dunia permotoran...! tanpa mengira jenis motor..cc ...dan sebagainya..selagi anda minat..anda ada masa..bolehlah mengikuti mana2 pgram yg dianjurkan...oleh mana2 sahabat..tanpa paksaan...! Melakabikers juga wujud tanpa ada presiden jawatankuasa..apa yg ada hanya lah atas dasar hormat menghormati sesama kita...dan seperti yg diperkatakan oleh arab...siapa yg anjurkan sesuatu pgram..dia akan jadi penghulu...yg lain akan support...!  

aku ghase itu jer pandangan aku ..yg ikhlas dan jujur..>! klau ada yg terlebih kuah...aku mohon maaf...! semoga Melakabikers dpat menjadi wadah dlm dunia permotoran khasnya di Melaka...insyallah.... ;)

Hebatttttt........Saya sokong........ :) :) :) ;) ;) ;) :D :D :D
Know your limits,ride safely.......MBX4038

Administrator

  • Administrator
  • Lesen Terbang!
  • *****
  • : 2854
Re: Pengumuman: Melaka Bikers Bukan Mlksportbikers
« #13 : June 05, 2011, 09:15:54 PM »
Topik makluman ini ditutup dan terima kasih kepada semua yang reply dan menyokong. Ada 2 reply yang boleh mencetuskan permusuhan diantara mereka berdua yang reply itu maka telah dideletekan oleh saya... we are brothers not enemy. Mengenai asal-usul web dan nama Melaka Bikers ini seperti ditanya oleh sahabat saya bro Lemax maka berikut adalah sinopsis asal usul kewujudan web:

25th March 2011: TTS Arab & Group di kedai Ah Chai
- Sambil cerita kosong minum teh, perbincangan sampai mengenai web mlksportbikers yang dah down kerana admin lama tidak renew web dan wang web yang dah dibayar kepada seorang ahli mlksportbikers tetapi wang pun dah lesap dan web tak dibuat. Jadi En Razak yang saya bertemu buat kali pertama bertanya siapa tahu buat web? Saya kata mungkin saya boleh tolong buatkan ..setakat sikit-sikit tu saya tahulah... dan saya juga ada inform domain lama tak boleh digunakan lagi kerana dah drop. Buat permulaan saya agak musykil hendak buat web ini kerana urusan perniagaaan dan kerja saya yang tidak menentu. Arab R1 yang ketika itu telah minta tolong saya buatkan juga..oleh kerana group Arab merupakan campuran saya ketika itu maka saya buatkan atas dasar persahabatan.

28th March 2011: Nama Melaka Bikers telah diilhamkan oleh saya sendiri dan domain www.melakabikers.com telah diregister atas idea saya sendiri dan saya ada call En Razak untuk mintak pendapat atas idea nama Melaka Bikers dan www.melakabikers.com dan beliau setuju dengan idea saya untuk nama baru yang menurut saya akan menyatukan seluruh bikers di Melaka tanpa sebarang had cc/group/jenis. Petang itu juga web MB telah dionlinekan dan saya telah addkan beberapa Global Moderators yang merupakan ahli Mlksporbikers seperti En Razak sendiri, Izad President dan lain lain sebagai moderator.

Dalam perjalanan 2 bulan website ini saya telah melihat unsur-unsur yang tidak sihat, tidak kreatif, politics dan sebagainya mula menjala dalam forum dan dari pengalaman saya unsur-unsur inilah yang akan menjadikan perpecahan diantara ahli-ahli (cuba lihat beberapa perpecahan kelab seperti Ferno, Malaysianbikers dan juga mlksporbikers itu sendiri yang webnya sampai down?)... siapalah MB tanpa Kita (ahli-ahli bikers)? Oleh yang demikian suara ahli-ahli di MB yang majoriti yang mesti diambil kira.. setelah meeting dengan hampir 30bikers yang aktif di MB maka semua sebulat suara tidak mahu MB menjadi atau diambil oleh Mlksportbikers.. mereka mahu MB berdiri dengan sendirinya dan menjadi satu community untuk semua bikers di Melaka untuk bebas berbincang, mencetus idea, rides, tts, info dan sebagainya secara aman dan bebas tanpa apa apa protokol dan sebagainya .. begitulah sinopsis dari cadangan membuat web hingga ke hari ni MB standalone.

Saya buat website tanpa sebarang bayaran dan tidak sesiapa pun bantu saya untuk php walaupun sudah diiklankan untuk sesiapa yang boleh bantu saya dalam urusan pembangunan forum. Saya yg mempunyai sedikit pengetahuan web telah maintainkan website seperti sekarang. Tujuan utama web MB sekarang adalah untuk menyatukan semua bikers tidak kira dari group mana sekalipun.. malah saya sendiri mengalu-alukan Mlksportbikers menggunakan web ini dalam konteks berforum.

Harap Maklum.

Terima kasih.
Admin MB

« : June 05, 2011, 09:30:57 PM Administrator »

 

Jumlah User Yang Telah Visit