Majlis Berbuka Puasa Bersama MB'ians di Hotel Emperor Melaka - 19 July 2013

Kembara Muhibbah Felda - JPM - 27/10/2013

Author Topic: TBW 2012 - Bikers Manjong meninggal dunia  (Read 2109 times)

CaptRahman

  • Moderator
  • Lesen Terbang!
  • *****
  • Posts: 2996
    • View Profile
TBW 2012 - Bikers Manjong meninggal dunia
« on: April 02, 2012, 10:01:11 AM »
KUALA TERENGGANU: “Sejak tiba di sini (Kuala Terengganu) Jumaat lalu untuk menyertai program Terengganu Bike Week (TBW) 2012, arwah sangat gembira serta sihat dan tidak sangka dia meninggal dunia hari ini (kelmarin),” kata Komander Sazalee Shoib, rakan kepada Komander Markas Udara Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, Kapten Ahmad Shukri Mohd Yunus, 49, yang meninggal dunia di sini, kelmarin.

Menurut Sazalee, Ahmad Shukri meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas ketika dalam perjalanan bertemu rakannya di Awana Kijal, Kemaman bersama empat rakan masing-masing menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis BMW GS1200 Adventure, jam 5.45 petang, kelmarin.


Arwah dan rakannya dari Persatuan Manjong Bikers yang bernaung di bawah kerajaan negeri Perak antara 1,200 pemilik motosikal berkuasa tinggi berada di negeri ini bagi menyertai program TBW 2012, bermula Jumaat hingga semalam.


TBW 2012 program tahunan anjuran Persatuan Permotoran Terengganu (PPT) bertujuan mempromosikan negeri ini sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 sambil beramal diadakan secara berkonvoi ke beberapa destinasi pelancongan menarik di negeri ini.


Sazalee berkata, sebaik peserta konvoi diketuai Presiden PPT, Tengku Sri Temenggong Raja, Datuk Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud berlepas ke Tasik Kenyir, Hulu Terengganu kira-kira jam 10 pagi kelmarin, arwah berkata ‘tidak sedap’ badan dan membatalkan hasrat menyertai konvoi berkenaan.


“Kami pulang ke Lumut pada keesokan hari (semalam) dan arwah melakukan aktiviti sendiri sebelum mengajak ke Awana Kijal, Kemaman bertemu rakan jam 5.30 petang,” katanya.

Ai-MLK

  • Lesen Otai!
  • *******
  • Posts: 2050
  • KTM Duke 200
    • View Profile
Re: TBW 2012 - Bikers Manjong meninggal dunia
« Reply #1 on: April 02, 2012, 11:10:26 AM »
AL-FATIHAH.. .
- ride 4 fun -

CaptRahman

  • Moderator
  • Lesen Terbang!
  • *****
  • Posts: 2996
    • View Profile
Re: TBW 2012 - Bikers Manjong meninggal dunia
« Reply #2 on: April 02, 2012, 11:59:16 AM »
Arwah ada terlibat dengan perbincangan dengan MISC Berhad berkenaan dengan kapal Bunga Mas 5 & 6 yang telah di tukar menjadi kapal Auxiliarry tentera dan sekarang ini bertugas di Teluk Arab mengiringi kapal kapal dagang Malaysia yang melayari di kawasan tersebut.

Administrator

  • Administrator
  • Lesen Terbang!
  • *****
  • Posts: 2854
    • View Profile
Re: TBW 2012 - Bikers Manjong meninggal dunia
« Reply #3 on: April 02, 2012, 12:47:25 PM »
Al-fatihah

erieyus

  • Lesen Otai!
  • *******
  • Posts: 2372
  • MVFanClub
    • View Profile
Re: TBW 2012 - Bikers Manjong meninggal dunia
« Reply #4 on: April 02, 2012, 06:23:28 PM »
al-fatihah
Mr. Agusta

Lemax

  • Global Moderator
  • Lesen GP
  • *****
  • Posts: 826
    • View Profile
Re: TBW 2012 - Bikers Manjong meninggal dunia
« Reply #5 on: April 03, 2012, 03:19:14 AM »
Al-Fatihah


Hairol21

  • Lesen B1
  • ***
  • Posts: 203
  • MBX 4038 Bukit Cheng Mobile +60183892112
    • View Profile
Re: TBW 2012 - Bikers Manjong meninggal dunia
« Reply #6 on: April 06, 2012, 02:06:10 PM »
Al-Fatihah...
Know your limits,ride safely.......MBX4038

za8

  • Lesen B3
  • **
  • Posts: 142
    • View Profile
Re: TBW 2012 - Bikers Manjong meninggal dunia
« Reply #7 on: April 06, 2012, 06:41:37 PM »
Al-fatihah

izad mlk

  • Lesen GP
  • *****
  • Posts: 995
    • View Profile
Re: TBW 2012 - Bikers Manjong meninggal dunia
« Reply #8 on: April 07, 2012, 02:17:46 PM »
takziah buat keluarga arwah... :-[

aLdY DuA

  • Lesen B3
  • **
  • Posts: 154
  • sabor je lah...
    • View Profile
Re: TBW 2012 - Bikers Manjong meninggal dunia
« Reply #9 on: April 07, 2012, 08:46:10 PM »
al-fatihah..
dimulakan dengan bismillah,disudahi dengan alhamdulillah,

 

Jumlah User Yang Telah Visit