Majlis Berbuka Puasa Bersama MB'ians di Hotel Emperor Melaka - 19 July 2013

Kembara Muhibbah Felda - JPM - 27/10/2013

: Kemalangan Maut Adik-Beradik  ( 6854 )

Administrator

  • Administrator
  • Lesen Terbang!
  • *****
  • : 2854
Kemalangan Maut Adik-Beradik
« : June 02, 2012, 07:56:04 PM »
Harian Metro
IPOH – Keghairahan dua beradik menyertai konvoi buat kali pertama bersama 15 penunggang motosikal berkuasa tinggi berakhir dengan tragedi apabila motosikal yang ditunggangi mereka merempuh sebuah lori di Kilometer 270, Lebuh Raya Utara-Selatan di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, mangsa, Mohammad Noornazmin Mohd Norzri, 20, dan adiknya, Mohammad Noornazafiq, 18, menyertai konvoi dianjurkan oleh sebuah kelab bermula dari Kuala Lumpur menuju ke Pulau Pinang.

Mohammad Noornazmin yang juga Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut di tempat kejadian akibta kecederaan serius dengan sebahagian isi perutnya terburai sementara adiknya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), tiga jam selepas kemalangan.

Ibu mangsa, Norhiah Abdul Rashid, 53, yang tiba di Unit Forensik pada jam 4 petang, tidak dapat menerima kematian dua anaknya serentak.

Menurutnya, dia sempat menghubungi Mohammad Noornazmin sebelum ke pasar pagi tadi dan memberitahu mereka tiba di Putrajaya dalam keadaan selamat.

“Pagi tadi Nazmin sempat berjemaah bersama kami dan saya meminta mereka untuk membatalkan hasrat menyertai konvoi ini kerana sudah merasa tidak sedap hati.

“Mereka nampak bersungguh-sungguh, jadi saya melepaskannya dan sempat menasihatkan supaya tidak menunggang laju. Tidak sangka, itulah pelukan terakhir kami,” katanya.

Norhiah berkata, kedua-dua beradik sangat rapat dalam melakukan apa sahaja aktiviti.

“Noornazafiq pula baru mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal mendaftar sebagai pelajar di Kolej Universiti Antarabangsa Kejururawatan dan Sains Kesihatan Kesihatan KPJ,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya masih menyiasat punca kemalangan itu.

“Motosikal yang dinaiki dua beradik itu berada di lorong kanan sebelum terbabit dalam kemalangan. Mayat mangsa dihantar ke HRPB untuk bedah siasat dan siasatan masih diteruskan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Jenazah kedua-dua beradik itu akan dikebumikan ke Kampung Ramuan Cina Kechil, Lubok Cina, Melaka.

Mohammad Noornazmin



Administrator

  • Administrator
  • Lesen Terbang!
  • *****
  • : 2854
Re: Kemalangan Maut Adik-Beradik
« #1 : June 02, 2012, 07:59:14 PM »
Salam 1MB'ian!
Malam ini semua bikers diminta untuk melawat jenazah Nazmin Norzri. Beliau telah terlibat dalam kemalangan semasa Ride ke Penang bersama geng Er6. Jenazah dijangkan tiba jam 10malam. Semua bikers diminta RV di Alor Gajah jam 9pm di restoran sebelah POS.  Untuk pengetahuan Allahyarham baru sahaja mendaftar di Forum MB pada 20th May 2012 ID:833, FB ID: http://www.facebook.com/nazmin.norzri

shah yllc

  • Lesen B3
  • **
  • : 66
Re: Kemalangan Maut Adik-Beradik
« #2 : June 02, 2012, 08:41:10 PM »
Al fatihah...
salam takziah buat keluarga beliau..semoga allah mencucuri rahmat ke atas roh nya..
Muda lagi usia,tapi allah lebih sayang kan nya...kita yg hidup kna berhati2...

deanize3097

  • Lesen B1
  • ***
  • : 296
  • Need 4 Speed
Re: Kemalangan Maut Adik-Beradik
« #3 : June 02, 2012, 09:03:31 PM »
Innalillah..... Alfatihah buat kedua2 arwah..takziah buat keluarga mangsa...semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt..InsyaAllah... :'(

aca

  • Lesen B3
  • **
  • : 90
Re: Kemalangan Maut Adik-Beradik
« #4 : June 02, 2012, 09:22:21 PM »
Alfatihah..
..... Good or Bad,,, must be a reason

zhaf91

  • Lesen L
  • *
  • : 8
Re: Kemalangan Maut Adik-Beradik
« #5 : June 02, 2012, 10:07:28 PM »
al-fatihah~ :'(

zainola

  • Lesen L
  • *
  • : 12
Re: Kemalangan Maut Adik-Beradik
« #6 : June 03, 2012, 10:22:41 AM »
Al fatihah.......
utk diri st dan member MB berhati2 d jalan raya
wassalam....
 :'( :'(

erieyus

  • Lesen Otai!
  • *******
  • : 2372
  • MVFanClub
Re: Kemalangan Maut Adik-Beradik
« #7 : June 03, 2012, 12:16:33 PM »
Al-Fatihah....Salam takziah....semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin
Mr. Agusta

yusri

  • Lesen Otai!
  • *******
  • : 1640
Re: Kemalangan Maut Adik-Beradik
« #8 : June 03, 2012, 11:42:34 PM »
Al F atihah n Takziah utk keluarga mereka.

Kawanzz

  • Lesen B3
  • **
  • : 60
  • ninja250r MCC 6278
Re: Kemalangan Maut Adik-Beradik
« #9 : June 04, 2012, 09:19:04 AM »
AL-FATIHAH..takziah buat keluarga...semoga allahyarham ditempatkan dikalangan hamba2nya yang beriman...
RIDE sampai KEJANG....

ijan fjr27

  • Lesen B3
  • **
  • : 82
Re: Kemalangan Maut Adik-Beradik
« #10 : June 04, 2012, 09:42:52 AM »
 :'( alfatihah..sedih betul bile dengar berita cam ni..

Lemax

  • Global Moderator
  • Lesen GP
  • *****
  • : 826
Re: Kemalangan Maut Adik-Beradik
« #11 : June 04, 2012, 11:33:47 PM »
Al-Fatihah & Takziah kepada keluarga  :'(


Administrator

  • Administrator
  • Lesen Terbang!
  • *****
  • : 2854
Re: Kemalangan Maut Adik-Beradik
« #12 : June 05, 2012, 02:47:03 AM »
Hampir RM500 telah dikumpul semasa derma kilat yang diadakan kelmarin. Insyaallah kita akan meyampaikan wang derma terbabit kepada keluarganya dalam masa terdekat. Terima kasih kepada semua MB'ian yang telah menderma...hanya Allah sahaja dapat membalas budi baik anda semua.

CaptRahman

  • Moderator
  • Lesen Terbang!
  • *****
  • : 2996
Re: Kemalangan Maut Adik-Beradik
« #13 : June 05, 2012, 09:44:11 AM »
Hampir RM500 telah dikumpul semasa derma kilat yang diadakan kelmarin. Insyaallah kita akan meyampaikan wang derma terbabit kepada keluarganya dalam masa terdekat. Terima kasih kepada semua MB'ian yang telah menderma...hanya Allah sahaja dapat membalas budi baik anda semua.
Harap maklum kan kepada MBians yang lain apabila nak pergi melawat keluarga mangsa dan membuat serahan wang derma..Kalau buat hari Sabtu lagi canteek...

izad mlk

  • Lesen GP
  • *****
  • : 995
Re: Kemalangan Maut Adik-Beradik
« #14 : June 05, 2012, 10:57:30 AM »
Takziah buat keluarga arwah...
Pd yg lain,berhati2 bila di atas jln raya...

 

Jumlah User Yang Telah Visit