Majlis Berbuka Puasa Bersama MB'ians di Hotel Emperor Melaka - 19 July 2013

Kembara Muhibbah Felda - JPM - 27/10/2013

Zon Bahasa Melayu > Sembang-Sembang Kedai Kopi

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

(1/4) > >>

Administrator:
Assalamualaikum & Salam 1MB'ian!

Alhamdulillah tahun ini adalah tahun ke-2 MB merayakan Aidilfitri bersama semua MB'ian. Kewujudan kita dialam maya ini serta alam hakiki semasa ride/tts/perjumpaan/event telah banyak mengeratkan silaturrahim diantara kita, dulu kita tidak kenal sekarang kenal..bak kata tak kenal maka tak cinta. Banyak aktiviti yang menarik telah kita buat dan join bersama, banyak liku-liku, corner-corner perjuangan kita telah layan bersama.. semua ini telah menjadi memori manis dan juga pahit maung jika ada... oleh yang demikian sempena Aidilfitri ini saya merapatkan sepuluh jari mohon kemaafan kepada semua kengkawan saya dari MB, mahupun dari kelab-kelab lain yang mengenali diri saya jika ada silap dan salah saya selama ini..Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Rafi Ahmed
p/s: saya juga dgn ini menjemput semua kengkawan untuk ke Majlis Cukur Jambul & Open House Raya pada 24th Ogos 2012 (Jam 2pm) serta perkahwinan adik saya pada 26th Ogos 2012

N.M. HILMI:
As'salam dn Salam 1 MB'ians..

Di ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan Bikers di Melaka dan di Malaysia..
sy mnghulur tangan memohon kemaafan jika sepanjang perkenalan dgn rakan2 Melaka Bikers ada kesilapan yg telah dilakukan, jika terlanggar bahu, terpotong di jalan raya, x horn jika berselisih, sy memohon kemaafan di hari yg mulia ni agar ukhwah dan tali siratulrahim semasa kita terjalin kuat dn teguh!!!

p/s= sape2 yg nk bagi duit raya boleh lh beri yeee.. hahahaha  :) ;) :D ;D :P

izad mlk:
Di kesempatan ini,aku ingin memohon maaf dan ampun sekiranya ada melakukan or melukakan hati sesiapa baik secara di sedari ataupun tak sepanjang ride or perkenalan kita...semoga persahabatan ini akan terus berkekalan utk selama2nya....Selamat Hari Raya utk semua melakabikers...hati2 di jln raya semasa musim perayaan ni ok... 8)

fidodido:
saya nak ucap SELAMAT HARI RAYA!!!

      MAAF ZAHIR BATIN & RIDE DENGAN BAIK! jangan nak laju je.! ...

ariffversys:
A'kum dan salam sejahtera, kepada rakan2 Melaka Bikers, terimalah ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Dan Batin dari saya sekluarga, mohon ampun dan maaf sekiraye ade terkasar bahasa dan kelakuan yg x disengajakan. Kpd yg balik kampung, hati2 di jalan raya.

Navigation

[0] Message Index

[#] Next page

Go to full version