Melaka Bikers - It's not what you ride, it's that YOU ride!

Zon Bahasa Melayu => Sembang-Sembang Kedai Kopi => Topic started by: razak on May 04, 2011, 10:23:40 AM

Majlis Berbuka Puasa Bersama MB'ians di Hotel Emperor Melaka - 19 July 2013

Kembara Muhibbah Felda - JPM - 27/10/2013

Title: Riding Tips
Post by: razak on May 04, 2011, 10:23:40 AM
Sedikit pengalaman untuk kita kongsi bersama.

Bike preparation:

Tayar. Biasanya akan tertera max 44psi pada tayar.  Untuk cuaca Malaysia, pressure boleh bertambah sehingga 10 psi.  Untuk mudah congak, jangan melebihi 34 psi. Tayar yang terlalu kurang tekanan juga akan menyebabkan kepanasan melampau pada tayar dan ini boleh mengakibatkan tayar pecah.  Setiap tayar ada manufacture date. On the shelf, jangkahayat adalah 4 tahun.  Bila sudah terpasang, jangkahayat tayar cuma untuk 3 tahun.

Beberapa penulisan menyatakan bahawa untuk bawa extra load, tempat yang paling sesuai adalah di tangki (tank bag).  Saya dapati bila letak tank bag, laluan angin akan menolak helmet kita dan tak sesuai untuk perjalanan jauh di atas highway. So.. saya ikat kat belakang.

Self preparation.

Kunci spare.  Sentiasa bawa bersama kunci spare dalam wallet, etc.  Dah banyak kes bikers hilang kunci dan membuat rakan tertunggu sejam dua hingga dapat spare dari rumah.

Ear Plug.  For ride more than 1 hr, pakailah ear plug. Bunyi angin, exhaust, etc boleh melebihi 100 dB dan boleh menyebabkan gegendang telinga rosak dan menambahkan stress.

Sentiasa simpan sedikit wang tidak di dalam wallet. Banyak kejadian berlaku di mana orang yang membantu dalam kemalangan ambil kesempatan ambil wallet sekali.  

Pada yang ada maklumat lagi, sila tambah.
Title: Re: Riding Tips
Post by: eddie on May 04, 2011, 11:41:16 AM
bagus info .. thanks bro lajak...

yg pasal beg kat tank tu.. lebih kepada pengagihan berat pd motor.. kalu boleh letak belakang bagus gak.. tak mengganggu tunggangan...

ni nak tambah sikit

1. Kalau ride konvoi.. atau ramai2.. pastikan jarak selamat antara satu sama lain...
2. Kalau ride konvoi ...jgn lupa org belakang hehehhe
Title: Re: Riding Tips
Post by: razak on May 06, 2011, 10:41:58 AM
Sedikit lagi.

Untuk memahirkan diri imbangan badan semasa U turn, buat perkara berikut:

- imbang badan seberapa lama yg boleh semasa menghampiri traffic light atau masa nak berhenti. Latihan ini juga bagus pada mereka yg selalu kena jem kat KL.
- jangan guna brek depan masa U turn. Control trottle dan guna brek belakang.
- pada yang guna dual purpose atau street bike, boleh le separuh berdiri masa U turn.

Mengambil corner.

Ada dua cara yang biasa digunakan iaitu imbangan badan dengan counter steering.

Untuk sweeper, sesuai guna counter steering kerana kurang memenatkan dan tak perlu nak cecah lutut.  Tolak handle kiri untuk corner kiri dan sebaliknya.
Untuk high speed corner atau short corner, turun badan/punggong untuk mengelakkan moto terlalu miring. Slider lutut cuma untuk gauge berapa rendah kita telah turun.

Pastikan jangan genggam trottle/handle terlalu kuat.  Tegakkan kepala sedikit supaya kita tak mudah gayat.  Pandangan adalah pada exit corner, bukan depan motor.  Elakkan dari melihat secara terus apa-apa halangan yg ada di atas jalan seperti sabut kelapa sawit, pasir dan sebagainya.  You will end up going where you look.

Boleh guna brek sedikit untuk perlahankan moto semasa corner tetapi pada yang mahir la. Gyroscopic effect berlaku apabila kita perlahankan motor, secara pastinya moto akan menegak dengan sendiri.  Apabila kita merasakan kita terlalu laju dalam corner, ada dua cara yang boleh digunakan; 1. tegak moto, brake hard dan turun semula dengan kelajuan lebih perlahan atau 2. turun lagi agar kita dapat turn lebih pendek.  Pada yang mahir boleh guna teknik power slide.  Yang penting di sini ialah jangan turun habis di atas jalanraya sebab kita tak pasti apa di depan kita.  Always give 20-30% less than in Sepang.

Title: Re: Riding Tips
Post by: wancb4 on May 06, 2011, 10:54:10 PM
good info,mejar ; :)
Title: Re: Riding Tips
Post by: razak on May 09, 2011, 09:31:33 AM
Saya ditanya, bagaimana cara riding dalm convoy seperti free and easy ride ke Segamat yang baru lepas.  

Yang paling penting ialah jangan ikut terlalu dekat.  Ride dalam single file dengan kedudukan staggered.  Dalam keadaan ini juga, yang depan jangan cuba clear jalan dengan cara makan jalan sebelah atau hulur tangan supaya kenderaan mengelak kita.  Tetapi amat digalakkan jika kita angkat tangan sedikit untuk memberi tanda terima kasih pada mereka yang memberi laluan.

Rider yang belakang jangan mengharap rider depan akan buka jalan untuk anda.  Masing-masing cari laluan terbaik anda.  Dalam erti kata lain, rider depan tak perlu memastikan laluan untuk rider belakang.  

Potong memotong dibenarkan tetapi tolong berhemah sikit supaya rider lain tak terkejut dengan bunyi exhaust anda.  This is what we call free and easy ride.
Title: Re: Riding Tips
Post by: mirak on May 09, 2011, 11:36:28 AM
maklumat yg bagus lg lg lg..... he he he
Title: Re: Riding Tips
Post by: razak on May 09, 2011, 04:39:22 PM
Ramai rider rasa kekok bila ambil corner sebelah kanan.  Its ok.  Itu adalah biasa.  Kita cuma perlu practise lebih dan tempat paling sesuai adalah di Sepang sebab ada 10 corner kanan berbanding 5. 

Ada juga rider yang jinx bila turun bukit seperti di Bukit Tinggi.  Ini juga perkara biasa.  Petuanya ialah jangan guna gear terlalu rendah kerana kita akan rasa seperti tayar belakang akan spin.  Ingat, bila turun bukit, tayar belakang akan lebih mudah terapung dan dengan gear rendah, kawalan trottle untuk elak dari tayar belakang spin akan lebih sukar.  Cara terbaik adalah guna 1 gear lebih tinggi tetapi kena brake hard semasa menghampiri corner kerana kelajuan motor bertambah apabila kurang engine braking.

Selamat mencuba  ;D   
Title: Re: Riding Tips
Post by: N.M. HILMI on May 09, 2011, 08:28:19 PM
bro.. teknik nk layan koner yg betul mcm mana?
sy ada dngr lh otai2 ckp.. nk koner bila nk drop gear jgn tarik clutch...
knapa ye???
Title: Re: Riding Tips
Post by: ston_kol on May 09, 2011, 09:21:52 PM
bro.. teknik nk layan koner yg betul mcm mana?
sy ada dngr lh otai2 ckp.. nk koner bila nk drop gear jgn tarik clutch...
knapa ye???

Jadik macam kes moto SRAD:-less engine breaking

Yang selebihnya bro razak akan terangkan.Saya tak pandai xplain... ;D
Title: Re: Riding Tips
Post by: eddie on May 09, 2011, 09:42:29 PM
jangan gunakan break "AAAAAAAAAAAAA" tapi x ada tindakan dibuat ....bahaya hehhehehe.... ;D
Title: Re: Riding Tips
Post by: N.M. HILMI on May 10, 2011, 01:13:34 AM
bro.. teknik nk layan koner yg betul mcm mana?
sy ada dngr lh otai2 ckp.. nk koner bila nk drop gear jgn tarik clutch...
knapa ye???

Jadik macam kes moto SRAD:-less engine breaking

Yang selebihnya bro razak akan terangkan.Saya tak pandai xplain... ;D

otai2 bikez trangkn mcm ni...
bila nk koner drop gear tnpa tarik clutch.. trottle d lraskn pd kelajuan sesuai..
sy da try.. tp susah nk drop gear. rasa trsekat.. jd sy lepas trottle baru bleh drop gear, tp x tarik clutch lh..
tu sy x brape fham...  ???
maklum lh masih baru lg.. hehehe  ;D
Title: Re: Riding Tips
Post by: eddie on May 10, 2011, 08:22:19 AM
selama aku bawa motor ...aku drop gear tarik clutch... cuma kadang2 naikkan gear x tarik clutch...

maksud dia atas.. masa dlm corner jgn tarik clutch.. nie akan menyebabkan tiada injin breaking.... drop gear awal sebelum masuk corner.. kalu nak break  pun sebelum masuk corner... bila kelajuan yg boleh kita kawal dgn baik.. lepas break... dan kawal trottle sebaik mungkin..  ;)
Title: Re: Riding Tips
Post by: N.M. HILMI on May 10, 2011, 08:55:13 AM
selama aku bawa motor ...aku drop gear tarik clutch... cuma kadang2 naikkan gear x tarik clutch...

maksud dia atas.. masa dlm corner jgn tarik clutch.. nie akan menyebabkan tiada injin breaking.... drop gear awal sebelum masuk corner.. kalu nak break  pun sebelum masuk corner... bila kelajuan yg boleh kita kawal dgn baik.. lepas break... dan kawal trottle sebaik mungkin..  ;)

ohh.... faham2 skit.. kira sblum jejak koner lg bleh drop gear dgn tarik clutch lh ni.. k2.... smasa slm koner yg kena main trottle.. ohhhh...
Title: Re: Riding Tips
Post by: rashidzx11 on May 10, 2011, 12:03:25 PM
good info ....
Title: Re: Riding Tips
Post by: glovesidi on May 10, 2011, 03:27:48 PM
selama aku bawa motor ...aku drop gear tarik clutch... cuma kadang2 naikkan gear x tarik clutch...

maksud dia atas.. masa dlm corner jgn tarik clutch.. nie akan menyebabkan tiada injin breaking.... drop gear awal sebelum masuk corner.. kalu nak break  pun sebelum masuk corner... bila kelajuan yg boleh kita kawal dgn baik.. lepas break... dan kawal trottle sebaik mungkin..  ;)

 dah tu ::) bila mau sesah corner ni lg :P? sowi tak pat join korner PD.. :(
Title: Re: Riding Tips
Post by: razak on May 10, 2011, 04:21:55 PM
Tentang tak tarik clutch bila drop gear tu memang saja nak usik kau kot.  Macam bro eddie cakap, untuk naik gear, bila sampai RPM yang sesuai, memang tak payah tarik clutch. Kalau pakai quick shifter, lagi le mudah.

Ada 2 version tindakan sebelum masuk corner; (1) brek dulu baru tukar gear dan (2) tukar gear dulu baru brek (kalau perlu). Kalau tanya racer yang pakai slipper clutch, jawapannya adalah (2).  Pada rider biasa macam saya, tengok keadaan.  Kalau kelajuan terlalu tinggi untuk saya turun gear, saya akan brek dulu.  Kalau kelajuan agak suam-suam aje (RPM rendah) saya akan turun gear tanpa perlu brek.

Title: Re: Riding Tips
Post by: saba on May 18, 2011, 03:22:30 PM
Bagus tips ni! TQ Mejar!
Title: Re: Riding Tips
Post by: ariffversys on May 19, 2011, 10:57:30 AM
good info, kasi lagi byk info bro, pakai 6bulan masih mentah, info pemanduan berhemah, upgrade keupayaan motr dll, tks.
Title: Re: Riding Tips
Post by: razak on May 19, 2011, 02:56:55 PM
Saya tak pasti apa yang anda tahu atau tak tahu.  Sebaiknya anda tanya, saya cuba jawab. 

Sedikit lagi.

Beberapa biker sering complain yang motor mereka tak stabil atau berbuai bila ambil long/fast corner.  Pertama sekali, lihat dulu moto apa yang kita pakai.  Kalau sportsbike, biasanya suspension setting dah dicipta untuk lebih sesuai ambil corner sebegini.  Bagi street bike, dual purpose, tourer dan lain, suspension setting bukan untuk belasah fast corner seperti superbike.  Untuk upgrade; 1. Adjustment boleh dibuat ke atas setting tetapi hanya terhad;  2. cuba tukar hydraulic oil; 3. Tukar suspension lebih baik dan 'mahal'.  Berhati-hati dengan upgrade sebab banyak lagi perkara akan diambil kira seperti berat rider+pillion, cara kita ambil corner dan lain-lain.

Dalam erti kata lain, kalau dah pakai moto tong atau naked, kena sabau sikit le bila main dengan sportsbike. Masing-masing ada kelebihan.
Title: Re: Riding Tips
Post by: ariffversys on May 19, 2011, 03:07:08 PM
langsung tak faham,hehe.
Title: Re: Riding Tips
Post by: razak on May 19, 2011, 04:04:29 PM
Inshaallah, kalau ada yang tak jelas, boleh tanya masa jumpa nanti.

Ada juga keadaan di mana motor yang agak berat akan cuba pakai tayar 2nd hand semi slick/racing tayar. Motor akan berbuai bila ambil fast corner sebab weight moto tak sesuai dengan tayar 'lembut' tersebut.  Selain dari ini, berbuai dan getaran juga berlaku bila tayar yang kita pakai dah tak sama 'rata'. Ini perkara biasa pada hampir semua tayar.

Title: Re: Riding Tips
Post by: glovesidi on May 19, 2011, 05:30:39 PM
Saya tak pasti apa yang anda tahu atau tak tahu.  Sebaiknya anda tanya, saya cuba jawab. 

Sedikit lagi.

Beberapa biker sering complain yang motor mereka tak stabil atau berbuai bila ambil long/fast corner.  Pertama sekali, lihat dulu moto apa yang kita pakai.  Kalau sportsbike, biasanya suspension setting dah dicipta untuk lebih sesuai ambil corner sebegini.  Bagi street bike, dual purpose, tourer dan lain, suspension setting bukan untuk belasah fast corner seperti superbike.  Untuk upgrade; 1. Adjustment boleh dibuat ke atas setting tetapi hanya terhad;  2. cuba tukar hydraulic oil; 3. Tukar suspension lebih baik dan 'mahal'.  Berhati-hati dengan upgrade sebab banyak lagi perkara akan diambil kira seperti berat rider+pillion, cara kita ambil corner dan lain-lain.

Dalam erti kata lain, kalau dah pakai moto tong atau naked, kena sabau sikit le bila main dengan sportsbike. Masing-masing ada kelebihan.

Inshaallah, kalau ada yang tak jelas, boleh tanya masa jumpa nanti.

Ada juga keadaan di mana motor yang agak berat akan cuba pakai tayar 2nd hand semi slick/racing tayar. Motor akan berbuai bila ambil fast corner sebab weight moto tak sesuai dengan tayar 'lembut' tersebut.  Selain dari ini, berbuai dan getaran juga berlaku bila tayar yang kita pakai dah tak sama 'rata'. Ini perkara biasa pada hampir semua tayar.

juz menambah skit...fahami seni dan kemampuan motosikal anda...selama t menunggang semua..
Title: Re: Riding Tips
Post by: glovesidi on May 19, 2011, 05:32:45 PM
Mejar..kalau ada nak ke sepang circuit...i nak ikot.. ;)
Title: Re: Riding Tips
Post by: ston_kol on May 19, 2011, 07:39:25 PM
Mejar..kalau ada nak ke sepang circuit...i nak ikot.. ;)

Nanti bagi review Versys dalam litar plak ye.Camne handling...
Title: Re: Riding Tips
Post by: glovesidi on May 19, 2011, 07:41:50 PM
Mejar..kalau ada nak ke sepang circuit...i nak ikot.. ;)

Nanti bagi review Versys dalam litar plak ye.Camne handling...

 ::) ;) okie..hikhik..takut wooo
Title: Re: Riding Tips
Post by: ariffversys on May 20, 2011, 12:00:02 AM
apa tu slipper clutch,
Title: Re: Riding Tips
Post by: razak on May 20, 2011, 02:26:22 PM
slipper clutch. 

Alat yang dipasang atau ganti clutch sedia ada untuk menyebabkan bila kita turun gear, engin braking tak ada atau hampir tak de. Tujuan untuk kita semasa menghampiri corner, motor tak akan diperlahankan dengan kuasa dari engin braking.  Biasanya bagi racer, mereka lagi suka memperlahankan kelajuan motor untuk dapat last minute braking dengan menggunakan brek yang sedia ada.  Last minute braking amat perlu bagi racer agar mereka dapat memasuki corner terlebih dahulu dari rider lain. Dalam kelajuan tinggi, jika motor kita tidak ada slipper clutch, bila turun gear dan kemudian lepas clutch,  tayar belakang akan terlompat lompat.  Ini yang cuba dielak oleh racer. Racer prefer kawal kemampuan berhenti dengan kuasa brek sahaja.

Ramai kata model suzuki biasanya ada slipper clutch.  Tidak berapa benar sebab slipper clutch yang siap sedia dipasang pada moto biasanya bukan slipper clutch penuh tapi cuma semi slipper clutch( tak pasti istilah ini betul). Saya pernah alami tayar melompat di turn 9 dengan suzuki K6 saya.  Pada rider macam saya, engin braking amat perlu supaya kita tak perlu guna brek sahaja bila approach corner dalam keadaan santai.

Harga slipper clutch antara $3-5 ribu bergantung pada model.  Google slipper cluth for technical explaination.
Title: Re: Riding Tips
Post by: razak on May 20, 2011, 02:51:52 PM
Sekarang terdapat terlalu banyak jenis/kategori motor.  Mungkin ada yang tidak setuju dengan kenyataan saya.  Saya cuba jelaskan ikut kefahaman saya.

Motor besar atau superbike sebenarnya hanya kategori moto 750cc ke atas sahaja.  Tidak kira easy rider, sportsbike atau dual purpose, asalkan 750 ke atas adalah dalam kategori superbike.  Ini adalah antara sebab kenapa beberapa kelab motor bertaraf antarabangsa seperti Ullessey Australia hanya benarkan 750 ke atas sahaja.  Di Malaysia dan banyak negara lain juga sudah menggangap fakta ini tidak boleh diguna pakai.  Setakat yang saya tahu tak de kelab di Malaysia yang ada syarat begini.

Supersport.  Motor 'Sukan' 600cc seperti R6, ZX6,  Sejak Supersport Msia hanya membenarkan 600cc saja (dulu ZX 636 juga oleh join), istilah ini lebih dikenali. 

Sportsbike.  Termasuk moto macam R1, R6, ZX10, ZX6 dan lain. Selalu juga dipanggil moto SOKAN di kalangan bikers Msia.

Ultimate sportbike. Istilah baru yang tak pasti sama ada masuk dalam definasi sebenar kategori moto tetapi ada majalah pernah guna.  Hayabusa 1300cc, ZX14 masuk kategori ini.

Saya sambung bila free nanti.  (Naked, Sports tourer, tourer, supertouring, muscle bike, motard, hypermotard, trail, dual purpose etc).

Title: Re: Riding Tips
Post by: N.M. HILMI on May 20, 2011, 04:34:28 PM

thanks bro dgn info ni....  :D
Title: Re: Riding Tips
Post by: razak on May 23, 2011, 05:34:58 PM
Naked.  Bike yang tiada fairing seperti Er6n, yamaha diversion dan CB 4.  Ada juga yang memanggil sebagai street bike.  Cafe bike hampir sama jenis cuma lebih kepada moto naked dari Buell, dukati monster dll. Moto seperti Z1000, ada yang anggap naked, ada yang anggap sports touring.  Tapi saya rasa lebih sesuai dipanggil naked bike.

Dalam kategori naked juga ada yang dipanggil muscle bike seperti Yamaha VMax dan ducati diavel yang baru launch, Triumph Speed triple dan ada yang masukkan V rod dlm kategori ini.  Biasanya bike jenis naked ini dari negara eropah dan ber cc agak besar berbanding lain.

Sports touring.  Jenis moto yang kedudukan duduk rider seperti naked tapi berkemampuan bergerak lebih laju.  Sama ada separuh fairing atau fairing penuh seperti VFR, Fazer dan Z1000 SX

Touring bike.  Seperti FJR 1300, BMW RT, ST 1300, Kawa GTR.

Super touring.  Goldwing. Harley Ultra Glide, BMW K1600GT, Kawa (entah, lupa nama apa - moto yg besar tu)  

Memandangkan ke semua jenis naked dan touring ini agak sama rupa dan sifatnya, ramai yang bertukar pendapat mana satu panggilan yang sesuai.
Title: Re: Riding Tips
Post by: wancb4 on May 24, 2011, 01:25:07 PM
nak tanya skt,apa kelebihan enjin  twin digunakan banyak moto conti spt bmw ,duc,aprillia banding ngan 4 inline moto jap - disegi topspeed,handling,pick-up ,maintainance dsbnya?
Title: Re: Riding Tips
Post by: eddie on May 24, 2011, 03:28:38 PM
nak tanya skt,apa kelebihan enjin  twin digunakan banyak moto conti spt bmw ,duc,aprillia banding ngan 4 inline moto jap - disegi topspeed,handling,pick-up ,maintainance dsbnya?

nie aje nak kena nie.. dua2 jenis kau dah boleh paham....hehhehehhe >:(
Title: Re: Riding Tips
Post by: wancb4 on May 24, 2011, 09:51:12 PM
hehe....saja nampak tambah ilmu ,apa salahnya kongsi pengetahuan sama-sama bikers lain pun nak tau jugak :)
Title: Re: Riding Tips
Post by: razak on May 25, 2011, 12:41:04 AM
Tak pasti tetapi ada yang mengatakan twin engine produce higher torque. Dari segi pengendalian tak banyak beza, cuma kita akan terasa seolah oleh hantaran kuasa engin dihantar sebutir-sebutir.  The feeling and the thumping sound of the engine is different.  Ramai suka bunyi twin engine compare dengan Inline.

Tujuan sebenar V Twin atau V 4 engine dibuat adalah untuk menjimatkan ruang untuk pemasangan pada chassis.  Biasanya engin sebegini lebih susah dibuat dan lebih tinggi kosnya tetapi terkenal dengan ketahanan engin.  BTW, Boxer engin pada GS 12 tu bukan dalam kategori V twin. Bunyi engin memang best tapi ikut pengalaman saya, engin tak berapa tahan but easy for maintenance/repair.   

I might be wrong. Ada sesiapa boleh tambah?
Title: Re: Riding Tips
Post by: eddie on May 25, 2011, 07:32:02 PM
bab injin V or 4 inline... boleh tanya Kol Sri kot...dia pernah bawak dua2 jenis injin nie dlm MSS.... cer cite..cer cite  ;)
Title: Re: Riding Tips
Post by: razak on May 27, 2011, 12:15:58 AM
betul.  Dia pernah pakai SP1 (V twin).  Saya pernah pakai VFR (V4).  Both very lasting engine.  Tapi both telan minyak lebih sikit dari Inline. Same 'problem' dengan VFR 800 Intercepter (V Tec) yg baru.

Not sure tentang RSV4.  Probably tak telan minyak sangat macam V4 engin lain.
Title: Re: Riding Tips
Post by: eddie on May 27, 2011, 08:25:52 AM
betul.  Dia pernah pakai SP1 (V twin).  Saya pernah pakai VFR (V4).  Both very lasting engine.  Tapi both telan minyak lebih sikit dari Inline. Same 'problem' dengan VFR 800 Intercepter (V Tec) yg baru.

Not sure tentang RSV4.  Probably tak telan minyak sangat macam V4 engin lain.

 Mej pun dah pernah pakai honda VT250F..v twin gak tu...heheheh

saya dah 2 bijik pakai V twin.. lain cc mcm Mej gak... dan dah pakai 4 inline...  test beberapa motor.. banyak bezanya ;)
Title: Re: Riding Tips
Post by: wancb4 on May 27, 2011, 01:21:08 PM
apa bezanya sinchan?cercita-cercita.....
Title: Re: Riding Tips
Post by: eddie on May 28, 2011, 01:24:17 PM
nak tau... kena la tts dgn aku hehhehehhe ;D
Title: Re: Riding Tips
Post by: glovesidi on May 30, 2011, 01:33:41 PM
sekadar berkongsi...sila muat turun

http://www.mediafire.com/?71ynjmmgiuj#1
Jumlah User Yang Telah Visit