Show Posts

This section allows you to view all posts made by this member. Note that you can only see posts made in areas you currently have access to.


Majlis Berbuka Puasa Bersama MB'ians di Hotel Emperor Melaka - 19 July 2013

Kembara Muhibbah Felda - JPM - 27/10/2013

Topics - erieyus

Pages: [1] 2
1
Berita/News / YUSRI CBR....
« on: September 03, 2012, 01:03:12 PM »
Rasanye semua dah tau berita ni....kita tggu update terkini dan sama2 berdoa agar sahabat kita cepat sembuh...aminnnnn..

remove je pic dlm fb yg x sesuai untuk tontonan umum...tolong hormat kat keluarganye.tq

2
Rides / RIDE EXOTIC..MISI MEMBURU ! SABTU 16 JUN 2012
« on: June 14, 2012, 01:59:00 AM »
Salam MB berantai !

Satu misi memburu yang tidak memerlukan senapang patah,parang mahupun perangkap akan diadakan pada Sabtu ni di Restoran Selera Rimba,Sungai Besar,Selangor.Buruan Exotic bukanlah spt biawak,ular,tenggiling ataupun tenuk..Exotic yang aku maksudkan adalah Kijang,Pelandok,Landak,Ayam Hutan dan pelbagai ikan sungai spt Tapah,pelaga, Baung,Sepat dan Udang Galah.Menu masakan terpulang pada tekak,selera dan citarasa masing2.Antara menu utama yang sememangnye popular kat sana :

1. Kijang masak kicap
2. Landak masak rendang
3. Ayam Hutan berempah
4. Biawak masak merah
5. Air Kelapa / Tebu......pehhhhh,aku taip ni pun 2 kali dah telan air liur !

Kepada biker yang kelapangan bolehlah sama2 menjebakkan diri dalam misi memburu ini..

Tarikh : 16 JUN 2012, SABTU
Masa   : 10 PAGI
Rv      : PETRONAS AIR KEROH ( TOL )

Route pergi yang akan digunakan adalah : H.PLUS - Exit Bukit Tagar/Batang Berjuntai - Sungai Tengi - Felda Sueharto -
                                                            Sungai Panjang - Sungai Besar - Restoran Selera Rimba Cintaku

Route pulang : Restoran Selera Rimba - Sukahati - panas badan - riang ria - santai kekenyangan.

Kompom memburu tanpa senjata !

1. Bro Rizal
2. Bro Rizal CBR
3. Bro Rizal Murad
4. Bro Rizal Penjara
5. Bro Rizal Warder
6. Bro Rizal Gusti lengan
7. Bro Rizal Tarik Tali
8. Bro Rizal zal zal......hehe

Jom nyummmm nyummmm..
Sori bro ..termodify...he..he...



3
Rides / KEMBARA 1MALAYSIA SAM. (7-11 Mei 2012)
« on: April 27, 2012, 12:59:36 AM »
Salam MB berantai !

Superbikers Association of Malaysia ( SAM ) akan menganjurkan konvoi Kembara 1Malaysia motorsikal berkuasa tinggi bermula pada 7 Mei 2012 hingga 11 Mei 2012.Penyertaan terbuka kepada warga MB yang memiliki motorsikal 250cc ke atas dan BERNOMBOR PENDAFTARAN MALAYSIA.Tiada had bilangan penyertaan kerana jumlah bilangan akan direkod dalam Malaysia Book Of Record.Segala kos minyak, penginapan,makan minum akan ditanggung sepenuhnya oleh SAM.Rokok beli sendiri !Kepada biker yg berminat bolehlah menyerahkan dokumen2 penting kepada Bro Popeye secepat yang mungkin untuk urusan SAM selanjutnya :

Dokumen Wajib !

1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Lesen
3. Salinan Geran
4. Salinan Roadtax  dan saiz baju


No Tel Bro Popeye Pengerusi SAM Melaka : 014 - 710 5206


Update !

Peserta Ride SAM dikehendaki berada di PWTC pada 06 Mei 2012 jam 08.00 pagi untuk sesi pendaftaran dan urusan selanjutnya.

Tarikh : 06 Mei 2012
RV      : Petronas Cheng,Melaka.
Waktu : 06.00 Pagi
Tayar Golek : 06.15 Pagi

Confirm Riders :

1. Bro Popeye   Z11
2. Bro Zali        CBR
3. Bro Ali          RSV4
4. Bro Rizal       Z1000
5. Bro Shahrul  Versys
6. Dan aku...

4
Rides / WM Malaysia Ride ke Melaka. 29 April 2012
« on: April 07, 2012, 12:57:18 AM »
Salam MB Berantai...

WH Malaysia akan ride kunjung ke Melaka dianggarkan seramai 200 biji motosikal..Brader Popeye dipertanggongjawabkan untuk urusan Polis Trafik dan Marshall...minta kerjasama warga MB beramai-ramai menyambut ketibaan mereka samada di Simpang Ampat atau Air Keroh (keterangan selanjutnya akan update dari masa ke semasa ).Setelah menyambut kita sama2 bantu tugas trafik dan marshall untuk destinasi mereka seterusnya.

Ahad  : 29 April 2012
RV     : Tol Air Keroh
Masa  : 10 Pagi

Hanya 10 orang Marshall yg dikehendaki membantu tugas Polis Trafik ( 4 org ) bagi melancarkan perjalanan bermula dari Air Keroh, selepas jamuan makan konvoi akan menuju ke Dataran Pahlawan ( event ) dan seterusnya mengiringi konvoi sehingga ke tol Air Keroh utk perjalanan pulang mereka.

Confirm Marshall :

1. Bro Lemax Taukey
2. Bro Rizal CBR
3. Bro Zali CBR
4. Bro Atan Ninja
5. Bro Jebat Z11
6. Bro Aca Z750
7. Bro Aizat CBR ( T )
8. Bro Ramli Z11
9. Bro Rizal ZOC
10. dan aku ler.





5
Rides / Ride Nasi Minyak,Ulu Yam. 8 April 2012
« on: April 07, 2012, 12:39:03 AM »
Salam MB Berantai ....

Brader Ariffin EXCO SAM M'sia mewakilkan Brader Popeye untuk menjemput warga MB kemajlis perkahwinan anak beliau pada 8 April 2012 di Ulu Yam..Biker yg kelapangan bolehla menjoinkan diri ride ke majlis tersebut..

RV         : Petronas Cheng
Waktu   : 9.00 pagi

Minyak tidak disponsor...jaket bawak sendiri..hotel pun xde sbb balik petang, lps layan Ulu Yam...huhuhu.

6
Perjumpaan/TTs / TTS Terjah Santai !
« on: April 02, 2012, 09:02:13 PM »
Salam,jom santai bersama P.P Bikers di McDonald Dataran Pahlawan jam 10 mlm ini.. santai sambil mengeratkan silaturrahim ,bertukar2 pandangan dan pengalaman.

7
Sukan Bermotosikal / Jadual Perlumbaan MOTOGP 2012.
« on: March 26, 2012, 01:47:11 AM »
Tarikh                  Grand Prix             Litar


8 April 12              Qatar                      Doha/Losail                    Lorenzo

29 April 12            Sepanyol                 Jerez de la Frontera

6 Mei 12                Portugal                  Estoril

20 Mei 12              Perancis                  Le Mans

3 Jun 12               Catalunya                Catalunya

17 Jun 12             Great Britain            Silverstone

30 Jun 12             Netherlands             Assen

8 Julai 12              Jerman                    Sachsenring

15 Julai 12            Italy                        Mugello   

29 Julai 12            Amerika Syarikat      Laguna Seca

19 Ogos 12          Indianapolis              Indianapolis

26 Ogos 12          Rep Czech                Brno

16 Sep 12            San Marino &            Misano
                           Riviera di Rimini

30 Sep 12            Aragon                    Motorland

14 Okt 12             Jepun                     Motegi

21 Okt                  Malaysia                 Sepang  ;)

28 Okt 12             Australia                 Phillip Island

11 Nov 12            Valencia                   Valencia

8
Berita/News / KEMBARA BUMI SUCI 2
« on: March 24, 2012, 03:08:35 PM »
Salam 1MB'ian.

Baru2 ni Israk Adventure ( Abg Azman Baharuddin TWG ) telah mengadakan satu taklimat kepada semua peserta yang mengikuti KEMBARA BUMI SUCI 2 ( KBC 2 ) bertempat di Two Wheel Garage,Glenmerie Shah Alam.

Taklimat ini adalah berkenaan status visa,laluan baru dan persediaan dari segi pakaian serta motor dan 4WD.

Konvoi akan mula bergerak dari tanahair pada 21 APRIL 2012 dan akan menunggang selama 60 hari.Jika KBC 1 yg lepas menggunakan laluan Central Asia iaitu Tajikistan, Uzbekistan, Turkmenistan dan Iran untuk sampai ke Arab Saudi tetapi KBC 2 mereka akan menggunakan laluan baru dari Malaysia,Thailand,Loas,China ke utara masuk Khazakhstan dan Rusia sebelum masuk Georgia, Azerbaijan,Turki,Syria,Jordan sehingga sampai Arab Saudi. 12 buah negara.
Jarak perjalanan adalah 20,000km.

Konvoi ini akan disertai 14 buah motor,11 BMW GS,2 VERSYS,1 SUZUKI V-STROM dan 2 buah 4WD.
Stesen radio IKIM.FM akan menjadi stesen rasmi untuk liputan dan berita terkini pada setiap minggu.

Jadi,sama2lah kita mendoakan sahabat2 kita agar dipanjangkan umur,sihat tubuh badan,selamat menempuh dugaan dalam perjalanan supaya dapat menunaikan ibadah di tanah suci dengan sempurna.InsyaAllah.

9
Perjumpaan/TTs / TTS TERGEMPAR !
« on: March 22, 2012, 08:01:04 PM »
Mlm ni ada TTS kat Port Dickson bertempat di VIP BURGER berdepan dgn Politeknik P.D jam 10 mlm...bikers yg free boleh menggolekkan tayar ke sana dan berjumpa dgn Bro Aemman yg setiap hari menangis berguling2 kerana rindu kpd kita semua...kesian diaaaaa

RV      :     Petronas Cheng
Waktu :     9.00 mlm


jika ada yg terlewat boleh terus kesana sehingga sampai Politeknik P.D,n then calling..

Santaiiiiiiiiiiii...

10
Salam 1 MB'ian.

Ada satu jemputan pelancaran Chear BMW Motorrad di Puchong.Kepada biker yang kelapangan dan x tau nak pi mane Sabtu ni boleh la join.Ride ke Chear HQ Klang terlebih dahulu,bergabung dengan Chear Motor Club ( CMC ) dan MV Fan Club untuk ride ke Puchong.

Tarikh : 17 Mac 2012    Sabtu
RV      :  Petronas Air Keroh
Jam    :  3.15 Petang     ( tayar golek 3.30 petang )
Majlis pelancaran bermula pukul 6 dan tamat pukul 10 mlm.


Kepada biker yg berminat sila maklum saya secepat mungkin untuk kad jemputan dan door gift.
sila beri nama penuh  : no talifon : no pendaftran motor.

 tq my prend

11
Salam 1MB'ian.....

Seperti yang sedia maklum,nama KOH SAMUI a.k.a pulau Samui adalah tidak asing lagi bagi para pelancong untuk melancong dan bikers untuk menunggang dgn santai mahupun laju (perang) ke destinasi tersebut.Ilham ini tercetus apabila MB'ian yg membawa misi ke Golden Triangle telah pulang dengan jayanya.Melalui perbincangan pada awal Januari lalu bersama Admin dan org2 kuat MB yg berpengalaman,saya disaran utk meng 'up' kan a.k.a mengepos topic international ride ini lebih awal ( hopefully belum terlewat ) supaya biker yg berminat boleh merancang kewangan dan masa dgn baik.

Mengikut perancangan,ride ini akan dilangsungkan pada 20 - 23 APRIL 2012. 4 hari 3 malam .

Semoga perancangan International Ride ini akan direalisasikan oleh MB'ian yg berjiwa kental dan tegar.

Itinerary
Tarikh          : 20 April 2012  - Jumaat
RV               : Petronas Cheng.
Waktu          : 3:30 Pagi
Tayar Golek  : 4:00 Pagi


Jumaat mlm Sabtu bermalam di Koh Samui 
Sabtu mlm Ahad bermalam di Hua Hin
Ahad mlm Isnin bermalam di Hat Yai
Isnin mlm Selasa bermalam di rumah sendiri.

Jarak kilometer pergi dan balik dari Melaka hingga Koh Samui 1,060km.

Confirm riders

1       Bro WSQTai    ZX10R   Perang
2       Bro Rafi          Kamera
3       Bro Azmer      Kastam         
4       Mr Agusta       Brutale  Santai       [/s]


12
Rides / RIDE K.L BIKE WEEK 24 DIS 2011
« on: December 20, 2011, 10:44:38 PM »
Salam kpd MB'ian..ride ke K.L Bike Week akan diadakan pd ujung minggu ni..


  Tarikh          : 24 Dis 2011
  RendezVous : Petronas Ayer Keroh ( tol )
  Tayar Golek  : 3.00 Petang


Kepada bikers yg berminat untuk join bolehle beri nama untuk sama2 menjayakan ride ni..kos minyak dan makan minum serta lain2 kos akan ditanggung oleh sendiri..huhu

Kepompom 4 serangkai;

1. Bro Asoi R1
2. Bro Rizal CBR
3. Bro IbnoRizal ZOC
4. Bro Yus Agusta
5. Bro Hazri
6. Brp Rizal Kayeeee
7. Bro Izad
8. Bro Napi Zx6
9. Bro Rafi
10..mali mali kasi tambah kuah!!!

13
Perjumpaan/TTs / Ni pun jemputan Orang Kawin !! 3 Dis 2011
« on: November 29, 2011, 10:45:15 AM »
Mesej dari Shah Repsol Lanun YZ8400Z

Assalamualaikum....dengan segala hormatnya mempersilakan dato/datin/tuan/puan/encik/cik.....suami/isteri/sekeluarga hadir ke majlis perkahwinan adik kpd Lanun Melaka Mohd Azizi Shahril ( DJ RTM Melaka ) dan Sarifah Mohd Said pada hari Sabtu, 3 Disember 2011 di Dewan Japerun Bacang,sesi majlis 12.00 tghari - 4.00 ptg...semoga kehadiran bikers melaka dpt mengeratkan lagi silaturrahim dgn lanun..kehadiran bikers melaka kami harapkan..sila hubungi ketua lanun melaka Bro CD 017-620 6697 sekiranya untuk maklumat lanjut.Salam.

14
Rides / Ride Pekena SUP Pengantin - 19.11.2011
« on: November 09, 2011, 05:23:34 PM »
Salam to all Melaka Bikers...salah sorang bestfriend saya ( juga peminat bike ) akan melangsungkan perkahwinan pada 20 November 2011..pada mulanya beliau berhajat MB dapat konvoi bersama2 ke rumah pengantin perempuan pd 13 hb November 2011 yg bertempat di kajang,Selangor.,
( bertembung Day Ride Kuantan ) dan pd 20 November juga bertembung ( Ride Walimatulurus,Triang )...  oleh kerana kedua-dua tarikh tersebut telah dikenan,dan utk tidak menghampakan Tuan Pengantin saya dah lock malam minggu tersebut untuk hirup sup di rumah beliau....

Pengantin : Mohd Kamalrul Bin Hj Rasul ( caun )
                   Jalan Lama Bakar Batu Kandang
                   Lot 497,Lorong Penghulu Nutin,
                   Solok Sidang Husin,Kg Kandang,Melaka.


RV             : Shell Lebuh AMJ Semabok
                   Sabtu 19 November 2011
                   Jam 8:15 MALAM


Kepada MB yg kelapangan boleh la turut serta meramaikan..semoga dgn kehadiran dan deruman enjin/ekzoz akan lebih memeriahkan MAJLIS dan KAMPUNG tersebut..kite bako..kite bako pengantin lps sanding boleh beli moto..Sup x boleh tggu lama2,nti abis..

15
Rides / Ride WalimatulUrus,makan nasi minyak. - 20.11.2011
« on: November 08, 2011, 04:33:48 PM »
Salam to all Melaka Bikers.....Salah seorang daripada pegawai Sek Henry Gurney yg juga merupakan sahabat kpd Bro Rizal CBR a.k.a BOLLAT akan melangsungkan perkahwinan.. Beliau menjemput MB yg kelapangan datang memeriahkan majlis tersebut yg akan diadakan spt berikut :-

RV     :   Petronas Cheng
Jam    :   8.00 PAGI
Tayar Golek   :  8.30 PAGI

Mengikut kandungan mesej dari tuan tanah,kita akan melalui jalan seperti berikut : -

Cheng  -  Tampin  -  Gemencheh  -  Pasir Besar  -  Palong  -  Shah Bandar  -  Tasik Bera  -  Felda Bera Selatan  -
sehingga pit stop di Petronas Sebetak untuk menunggu ketibaan adik pengantin menjemput  -  seterusnya ke Felda Purun untuk misi Menggegar dan balun Nasi Minyak ! Lepas kenyang kita akan santai dan beronok ronok di Tasik Bera..
Kpd sesiapa yg kelapangan dan berminat untuk join, boleh lah menghubungi tuan tanah ride ni iaitu Bro Rizal CBR di talian 017 - 584 7850.


Confirm Riders
1.  Bro Rizal       -   Honda CBR 900 RR             ( Tuan Tanah )
2.  Bro Rafi        -   Kawasaki Z1000 SX
3.  Bro Arab       -   Honda CBR 1000 RR ( Rabbit )
4.  Bro Ah Soi    -   Yamaha R1
5.  Bro Aswad    -   Kawasaki Versys 650
6.  Bro Atan       -   Kawasaki Ninja 250
7.  Bro Man        -   Honda CBR 1000 RR ( Rabbit )
8.  Bro Zali         -   Honda CBR 600 RR
9.  Bro Napi        -   Kawasaki ZX 600
10.Bro Yus         -   MV Agusta Brutale 920
11. Bro Rizal     -   Yamaha R6
12. Bro Fad       -   Kawasaki Ninja 250
13. Bro Azam    -   Suzuki GSX K9
14. Bro Perantau      -   Honda CBR 600
13. Bro Wsqtai         -   ZX10R
14. Bro Yus & Wifey  -   Rabbit
15. Bro Rizal              -   R6
16. Bro Azam             -   K9
17. Bro Perantau       -   CBR 600
18. Bro Pojie & Wifey -   Er6F
19. Bro Rizal  -   Suzuki GSX K9

Pages: [1] 2
Jumlah User Yang Telah Visit