Show Posts

This section allows you to view all posts made by this member. Note that you can only see posts made in areas you currently have access to.


Majlis Berbuka Puasa Bersama MB'ians di Hotel Emperor Melaka - 19 July 2013

Kembara Muhibbah Felda - JPM - 27/10/2013

Topics - razak

Pages: [1]
1
Mlksportbikers / Mesy AJK 20 Mei (jumaat) 9pm di Pinang Besar
« on: May 11, 2011, 11:53:23 AM »
Mesy untuk melihat balik perkara terbengkalai.  Antara perkara baru yang akan dibincangkan adalah AGM dan wang yang telah diserah pada Deck. Semua dijemput hadir termasuk moderater tetapi jadi ahli turut hadir saja la.   Pada yang datang TTS jumaat ni, sila war-warkan pada mereka yang hadir.  Saya ada TTS dengan SBM di Showru jumaat ni.

2
Technical Discussion on Bikes / Suspension
« on: May 09, 2011, 10:39:29 AM »
Kenapa perlu aftermarket damper/spring seperti ohlins.

Biasanya pada motor superbike anda, kita akan cuba cari budget untuk pasang ohlins dan sebagainya. Tujuan damper yang utama adalah untuk menghentikan pergerakan spring dengan lebih cepat berbanding damper lain.  Cuba anda pegang coil spring dan lepaskan ke lantai.  Spring tadi akan melantun dan melantun agak lama.  dengan adanya damper, lantunan spring tadi akan dihentikan selepas hanya satu atau dua lantunan.

Pada steering, kita akan pasang damper untuk elakkan dari kena tank slap yang berterusan.  Kena memang akan kena.

Pada suspension depan atau belakang, tujuan damper tadi adalah sama iaitu mengelakkan dari lantunan berterusan.  Dengan Ohlin dan sewaktu dengannya, lantunan tadi akan dihentikan lebih cepat dari suspension standard.  Keburukannya ialah biasanya spring yang dipasang siap pada damper tadi adalah lebih keras dari yang standard, menyebabkan kita rasa spring tu keras dan sakit bontot. Cara terbaik ialah angkat punggong sikit bila lalu laluan tak rata. 

Ada dikalangan racer yang memasukkan minyak hydraulic yang lebih tinggi kelikatan untuk 'mengeraskan' lagi suspensi. Ini semua dalah bergantung pada cara kita ride, sama ada bersahaja atau sebaliknya. 

Suspensi moden sekarang biasanya ada kemudahan mengubah 3 bahagian setting iaitu compression (kelajuan tekanan), rebound (kelajuan melantun) dan preload (beban). 

Pada yang ride biasa macam saya, sudah cukup dengan suspensi standard. 

Silakan pada yang nak tambah.

3
Sembang-Sembang Kedai Kopi / Riding Tips
« on: May 04, 2011, 10:23:40 AM »
Sedikit pengalaman untuk kita kongsi bersama.

Bike preparation:

Tayar. Biasanya akan tertera max 44psi pada tayar.  Untuk cuaca Malaysia, pressure boleh bertambah sehingga 10 psi.  Untuk mudah congak, jangan melebihi 34 psi. Tayar yang terlalu kurang tekanan juga akan menyebabkan kepanasan melampau pada tayar dan ini boleh mengakibatkan tayar pecah.  Setiap tayar ada manufacture date. On the shelf, jangkahayat adalah 4 tahun.  Bila sudah terpasang, jangkahayat tayar cuma untuk 3 tahun.

Beberapa penulisan menyatakan bahawa untuk bawa extra load, tempat yang paling sesuai adalah di tangki (tank bag).  Saya dapati bila letak tank bag, laluan angin akan menolak helmet kita dan tak sesuai untuk perjalanan jauh di atas highway. So.. saya ikat kat belakang.

Self preparation.

Kunci spare.  Sentiasa bawa bersama kunci spare dalam wallet, etc.  Dah banyak kes bikers hilang kunci dan membuat rakan tertunggu sejam dua hingga dapat spare dari rumah.

Ear Plug.  For ride more than 1 hr, pakailah ear plug. Bunyi angin, exhaust, etc boleh melebihi 100 dB dan boleh menyebabkan gegendang telinga rosak dan menambahkan stress.

Sentiasa simpan sedikit wang tidak di dalam wallet. Banyak kejadian berlaku di mana orang yang membantu dalam kemalangan ambil kesempatan ambil wallet sekali.  

Pada yang ada maklumat lagi, sila tambah.

4
Rides / Khenduri kahwin 7 Mei-Seremban
« on: April 28, 2011, 11:42:05 PM »
Dari Bro Jebat yang menyampaikan jemputan ini:

7 Mei
Taman Seremban Jaya ( 10 min dari tol senawang)
Jebat akan bergerak dari Melaka 12.30 pm.
Boleh jugak tunggu kat to senawang 1 pm.

Sesiapa free, pls contact Jebat.

5
Rides / Konsert M Nasir - Istana Budaya 21 Apr 11
« on: April 21, 2011, 12:28:11 PM »
Jemputan dari Dato Zahid Hamidi. Maklumat diterima dari bro popeye. 010-2139159

21 Apr (Khamis)
RV: Simpang 4 Tol Alor Gajah
   :  6 petang.  (jangan lewat pls)

Tiket konsert disediakan percuma oleh pihak Dato Zahid sendiri.

Sila war-warkan segera pada yang free.

6
Rides / Ride Santai ke Penang 16 Apr 11
« on: April 11, 2011, 09:09:23 AM »
16 Apr 2011
8.30 pagi berkumpul di Shell Tol Jalan Duta
Bermalam di batu Feringgi.
Tajaan Setiakawan Rider
Presiden Kelab Syed Kaber

Penginapan disediakan.
Submit nama pada yang free pada Saudara Jebat seberapa segera

7
Sembang-Sembang Kedai Kopi / Jalan-Jalan Cari Makan
« on: March 31, 2011, 04:45:41 PM »
Minta cadangan dari sahabat semua tentang port/kedai yang sesuai untuk dikunjungi oleh tetamu dari luar jika bertandang ke Melaka.

Saya mulakan dulu:

1.  Tomyam Klasik -Sg Putat. Owner dia Hj Rahman (org lama dalam Melaka 2 Wheelers). Makanan tomyam yang berkualiti dan sedap.  Sesuai untuk bawa tetamu serta keluarga bersantai.  Buat majlis khenduri pun ok.  Parking amat luas.  Bayaran sikit mahal tetapi berbaloi dengan suasana serta layanan. Bukak petang sampai malam je.

2.  Gerai untuk minum pagi - rumah awam Bukit Bruang.  Terkenal dengan mee goreng kosong (mee dan togeh je).  Mee Hoon, roti canai, nasi lemak juga ada. Murah, sedap dan cepat.  Buka 7.30 hingga 10 pagi je. 

3.  Asam Pedas-Antara yang saya recommend:
        - Asam Pedas Kota Laksamana. (malam je)
        - Asam Pedas sebelah Apple Burger. (malam je)
        - Asam Pedas Batu Pahat depan Mydin MITC (Tengahari/malam)
        - Asam Pedas Pasar Borong (malam je)
        - Asam Pedas Mokhtar, original asam pedas melaka. Belakang Bangunan MARA, tepi bangunan Bank Rakyat di Hang Tuah Walk (Pagi saja)

Sila tambah...

Pages: [1]
Jumlah User Yang Telah Visit